RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Disember 2020

Yamaha YZF-R15 Tampil Dengan Warna Baru

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah mengumumkan warna baru jentera sportbike mereka, Yamaha YZF-R15. Model ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Race Blu dan Hitam yang mempunyai rekabentuk agresif dengan memiliki DNA model supersports Yamaha YZF-R1.

R15 dikuasakan dengan enjin bersesaran 155.1cc, silinder tunggal, SOHC dengan teknologi VVA yang menawarkan kuasa 14.2kW pada 10,000rpm dan tork 14.7Nm pada 8,500rpm. Model ini juga dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan bersama sistem Assist & Slipper Clutch.

Jentera ini dilengkapi dengan lampu-lampu LED, paparan meter digital, fork USD dan tangki bahan api 11 liter. Antara ciri-ciri lain yang menarik adalah kerangka deltabox, brek-brek caker, berat 137kg dan lain-lain.

Yamaha YZF-R15 boleh didapati pada harga RM11,988 (tanpa cukai jalan, pendaftaran dan insurans) dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Pembeli jentera ini turut akan menerima set kunci cakera Yamaha bernilai RM100. RR

Isu Pada

Disember 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.