RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 November 2020

MV Agusta Superveloce '75 Anniversario' Habis Dijual!

Bersempena ulang tahun ke-75, MV Agusta telah memperkenalkan model istimewa ulang tahun edisi terhad iaitu Superveloce 75 Anniversario LE. Sebanyak 75 unit siri LE ini telah dikeluarkan dan hanya ditawarkan untuk pembelian selama 75 jam bermula 15 November 2020 yang lalu. Tempahan secara online di laman web terbaru turut dibenarkan dengan bayaran deposit sebanyak 100€ yang dilakukan menerusi rangkaian peniaga di seluruh dunia.

Peminat dan pengumpul benar-benar menyerbu laman web untuk membuat tempahan keseluruhan produksi dengan serta-merta. Tanpa disangka, model baru Superveloce 75 Anniversario menerima sambutan yang sangat hebat di kalangan netizen dan kesemua unit yang dikeluarkan telah habis dijual dalam masa yang sangat singkat.

Superveloce 75 Anniversario dilengkapkan dengan enjin tiga silinder sebaris seperti yang disempurnakan pada model F3 800 dengan kuasa maksimum 147hp pada 13.000 rpm dan kemampuan memecut lebih dari 240km/j. Model edisi terhad diperanggunkan dengan skima warna bendera Itali, perincian grafik yang menarik, rim berjejri hitam dan emas serta pelana berwarna merah.

CEO MV Agusta Motor S.p.A., Timur Sardarov berkatar: "Saya yakin model Superveloce 75 Anniversario akan berjaya tetapi tidak sangka ianya habis terjual hanya dalam beberapa saat. Kepada semua orang yang tidak berjaya membuat tempahan atau pembelian, saya hanya dapat mengatakan bahawa semangat dan kesetiaan anda semua adalah inspirasi sejati buat kami. Kami akan meneruskan kerja ini dengan rasa bangga dan semangat...ia benar-benar karya seni motosikal yang unik.” RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia