RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Disember 2020

MV Agusta Superveloce Alpine: Gabungan Dua Dunia!

MV Agusta dan pengeluar kereta lumba dan sport Perancis yang ikonik, Alpine telah bekerjasama untuk rekabentuk dan pengeluaran Superveloce Edisi Terhad yang diilhamkan dari kereta penuh bergaya, Alpine A110. Edisi terhad ini hanya dikeluarkan sebanyak 110 unit sahaja dan ia adalah satu keanggunan abadi yang menawarkan 'perasaan' serta 'jiwa' menunggang yang unik.

Kolaborasi ini memperjelaskan betapa cintanya MV Agusta dan Alpine dalam dunia rekabentuk dan kejuruteraan. Kedua-dua syarikat ini turut berkongsikan sejarah kegemilangan dalam dunia perlumbaan dan sudah pasti akan memberikan keunikan khususnya dari segi emosi buat para pemiliknya.

Superveloce Alpine dilengkapkan dengan enjin tiga silinder 800cc, berkuasa maksimum 147hp pada 13,000rpm yang mampu dipecut pada kelajuan 240km/j. Turut dimiliki oleh model istimewa ini ialah rekacorak dan aksesori khas Alpine. Monaco Design Studio yang bertanggungjawab dalam bahagian rekabentuk di MV Agusta telah bergandingan dengan jurureka di Alpine di sepanjang projek ini dijalankan.

Hasilnya memang menakjubkan! Ia mewakili keperibadian kedua-dua jenama itu tetapi dengan identiti tersendiri. Jentera ini diserikan dengan pemilihan warna yang sama dengan siri A110. Logo 'A' dan pelana berwarna Black Alcantara dengan jahitan biru mengingatkan kita pada A110 yang asal.

Ceo MV Agusta Motor S.p.A. berkata, “Ramai dikalangan pelanggan Alpine turut menyukai dan meminati MV Agusta termasuklah dari segi rekacorak, gaya dan personalitinya. Superveloce Alpine secara idealnya telah menyatukan kedua-dua dunia ini dan kami seronok dapat bekerjasama dengan salah pengeluar kereta terhebat dunia. Kami yakin bahawa edisi terhad baru yang hebat ini akan menerima sambutan hangat oleh peminat motosikal dan peminat sukan permotoran di seluruh dunia.”

Superveloce Edisi Terhad ini ditawarkan pada harga €36,300 termasuk Kit Perlumbaan. RR

Isu Pada

Februari 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.