RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Januari 2021

Yamaha Perkenalkan Warna Terbaru 135 LC. Harga bermula dari RM6,868

Untuk menceriakan tahun baru 2021, Hong Leong Yamaha Motor telah memperkenalkan warna terbaru untuk model Yamaha 135 LC iaitu Yamaha Blue, Fiery Red, Metallic Cyan dan warna Edisi Istimewa (SE) pula ialah Stealth Gold yang menjanjikan pemiliknya tampak lebih ceria dan bergaya.

Yamaha 135 LC sememangnya cukup popular dikalangan pengguna motosikal di seluruh negara. Ia mudah dikendalikan, sesuai untuk kegunaan harian dan juga buat mereka yang sukakan pengembaraan. Model ini didatangkan dengan enjin 134cc silinder tunggal SOHC, sistem penyejuk cecair yang mempunyai kuasa 8.93kW pada 8,500rpm dan tork 11.79Nm pada 5,500rpm.

Harga untuk model standard kekal pada RM6,868 manakala untuk versi SE pula ditawarkan pada RM7,118 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran). Setiap pembelian jentera ini akan menerima Kunci Brek Cakera yang bernilai RM100. Untuk maklumat lebih lanjut, sila berkunjung ke pengedar sah Yamaha yang berdekatan atau layari http://www.yamaha-motor.com.my RR

Isu Pada

Februari 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.