RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Disember 2016

Tunggang Lebih Yakin Dengan Michelin

Michelin sentiasa menawarkan tayar-tayar yang berkualiti tinggi dan menjadi pilihan para penunggang motosikal sejak dari dahulu lagi. Produk yang dilahirkan di Clermont-Ferrand, Perancis ini terbukti memberikan kepuasan dan menjamin keselamatan penunggang tidak kira ke mana sahaja ia dibawa dan di dalam apa jua situasi sekali pun.

Pilot Road 4
Pilot Road 4


Kualiti dan kehebatan produk ini bukan sahaja menerima respons yang positif di kalangan penunggang motosikal sahaja tetapi juga mendapat pengiktirafan dunia apabila digunakan dalam pelbagai kejuaraan motosikal di seluruh dunia dan yang terbaru, Michelin kini merupakan pembekal rasmi untuk jentera MotoGP.

Bagi penunggang motosikal, kemantapan cengkaman di jalan kering dan basah serta mempunyai jangka hayat yang panjang adalah satu keutamaan dalam pencarian tayar-tayar untuk dimiliki. Untuk itu, Michelin sentiasa bergerak maju ke hadapan untuk menghasilkan produk yang mampu memenuhi kehendak para penunggang dan pelanggan mereka.


Michelin Pilot Road 4
Produk ini dihasil menggunakan MICHELIN 2 Compound Technology (2CT) dengan kompaun serba baru dan corak bunga yang direka semula. Michelin Pilot Road 4 menjanjikan jangka hayat 20% lebih lama berbanding Michelin Pilot Road 3 dan mempunyai sudut tepian beralur (chamfered sipe edges) yang mengelakkan tayar ini cepat haus di dalam suatu kondisi ekstrim dan ketika membrek dengan keras.

Konsentrasi tinggi amat diperlukan ketika proses pemasangan tayar untuk para pelumba
Konsentrasi tinggi amat diperlukan ketika proses pemasangan tayar untuk para pelumba
Bergambar kenangan bersama tetamu jemputan khas Michelin di Hospitality Suite, SIC.
Bergambar kenangan bersama tetamu jemputan khas Michelin di Hospitality Suite, SIC.

Demi keselamatan para penunggang, tayar ini mempunyai XST (X-Sipe Technology). Ia adalah satu rekaan terbaru bunga tayar yang mengurangkan jarak membrek di permukaan basah dan licin. Ternyata Michelin memberi tumpuan untuk menawarkan pakej sempurna yang merangkumi pelbagai faktor seperti keselamatan, ketahanan dan keseronokan.

Ya... Pilot Road 4 menjanjikan cengkaman yang cemerlang dalam semua keadaan walaupun ketika menunggang dan membrek di dalam hujan. Pilot Road 4 adalah tayar yang versatil dan tahan lama. Ia dikeluarkan untuk memenuhi keperluan pelbagai segmen seperti jentera jalanan, skuter, sport, sports-touring dan trail.


Dovizioso dan pasukan Ducati merai kemenangan di Litar Sepang.
Dovizioso dan pasukan Ducati merai kemenangan di Litar Sepang.


Michelin Pilot Street
Produk ini direka untuk motosikal berenjin sederhana, tayar Michelin Pilot Street adalah pilihan terbaik untuk kegunaan harian di tengah-tengah kota. Produk ini cukup bersesuaian untuk jentera jalanan, moped, skuter dan sport.

Kedalaman jalur bunga Pilot Street dihasilkan dengan teliti dan tepat. Tayar ini juga mempunyai kompaun serba baru yang memberikan kadar cengkaman dan jangka hayat yang seimbang. Sudut jalur bunga direka menghala di bahu tayar bertujuan untuk pengaliran air seterusnya mencengkam permukaan basah dengan lebih efisien.

Pilot Street
Pilot Street


Michelin Pilot Street menawarkan jangka hayat 35% lebih lama daripada Michelin Pilot Sporty. Dengan kelebihan ini serta kualiti pembikinan yang tinggi, ianya amat sesuai untuk kegunaan harian.

Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi Michelin Malaysia Sdn Bhd, Unit 901 & 904, Level 9, Uptown 2, No:2 Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-76803888 Fax: 03-76803998. RR

Isu Pada

Disember 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700