RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Mac 2020

Corak Baru Honda RS150R Cukup Mengancam!

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) membuka lebaran tahun 2020 dengan memperkenalkan Honda RS150R serba baru dengan rekacorak yang lebih sporty bersama sentuhan premium. Madgad belakang telah direka semula bagi menampilkan lampu brek yang lebih mantap.

Antara pembaharuan lain yang menanti para pemilik RS150R ini ialah rekacorak grafik terbaru, panel meter LCD digital, lampu belakang serba baru serta rim 17 inci dengan kemasan berwarna emas. Model ini dilengkapi dengan enjin empat lejang, 149.2cc, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang menawarkan kuasa maksimum 11.5kW pada 9,000rpm dan tork 13.6Nm pada 6,500rpm.

Dengan kekuatan kuasa hantarannya, model yang semakin popular ini disempurnakan dengan sistem brek jenis cakera hidraulik di depan dan belakang yang terbukti cukup cemerlang. Selain amat sesuai untuk kegunaan harian, ketegaran kerangka dan kecekapan sistem penyerap hentak model ini menyebabkan ia turut digunakan oleh ramai pencinta pengembaraan untuk merentasi ribuan kilometer.

RS150R ditawarkan pada harga RM8,199 dengan tiga pilihan warna iaitu Trico, Black dan Blue. Manakala untuk edisi Repsol boleh didapati pada harga RM8,499. Model ini turut didatangkan dengan waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Honda RS150R, sila layari laman web www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi Boon Siew Honda di talian tol percuma 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat 9 pagi – 5 petang, kecuali cuti umum). RR

Isu Pada

Februari 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.