RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Disember 2016

JPJ Fiesta Bikers 2016

Koperasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Storm Rider dan Skuad Muda 1JPJ telah menganjurkan program Fiesta Bikers Selangor 2016 yang diadakan di perkarangan stadium Shah Alam pada November lalu. Program yang diadakan untuk tahun kedua berturut-turut ini mendapat sambutan daripada ribuan peminat dan pemilik motosikal di seluruh negara.

Kelab Lady Bikers turut hadir memberi sokongan.
Kelab Lady Bikers turut hadir memberi sokongan.

“Objektif utama diadakan program ini adalah untuk mendekati dan mendidik pengguna jalan raya tentang pemanduan dan tunggangan berhemah dan berintegriti. Disamping itu, menyatukan golongan belia menerusi aktiviti riadah bermotosikal serta mempromosi dan mendidik orang ramai untuk melibatkan diri dalam sukan permotoran yang sah di sisi undang-undang negara,” kata Yang Berbahagia Dato' Sri Nadzri Siron, Ketua Pengarah JPJ Malaysia yang turut merasmikan Fiesta Bikers Selangor 2016.

Kawasaki turut mengambil bahagian mempamerkan jentera-jentera yang terkini.
Kawasaki turut mengambil bahagian mempamerkan jentera-jentera yang terkini.
Sebahagian daripada ribuan pengunjung yang hadir.
Sebahagian daripada ribuan pengunjung yang hadir.


Pelbagai agensi kerajaan dan swasta mengambil bahagian sepanjang dua hari Fiesta ini. Antaranya, Jabatan Kesihatan Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia, Lembaga Zakat Selangor, RELA, Jabatan Pertahanan Awam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kawasaki, Modenas dan pelbagai lagi.

Bengkel Motosikal 1 Malaysia menyediakan khidmat servis percuma.
Bengkel Motosikal 1 Malaysia menyediakan khidmat servis percuma.

Karnival Jom JPJ yang diadakan serentak dengan Fiesta Bikers juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan diskaun hebat sehingga 50% bagi saman trafik dan yuran pendaftaran lesen B. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti Road Safety Challenge, pertandingan motosikal tercantik serta persembahan artis tempatan, Dato' Nash Lefthanded dan juga Hanifah atau lebih dikenali dengan nama Black turut menyerikan suasana.

Pihak JPJ turut menyediakan kaunter semakan saman dan memberikan potongan harga menarik pada hari itu.
Pihak JPJ turut menyediakan kaunter semakan saman dan memberikan potongan harga menarik pada hari itu.


Bengkel Motosikal 1 Malaysia juga turut dirasmikan pada hari itu untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan baik pulih secara percuma kepada orang ramai yang menggunakan motosikal jenis moped. Orang ramai cuma bayar harga untuk alat ganti sahaja. Sehingga kini, sudah terdapat tiga buah bengkel beroperasi di Kayu Ara, Sungai Penchala dan Kampung Sungai Udang. Bengkel ini juga akan dibuka secara berperingkat di seluruh negara. RR

Isu Pada

Disember 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.