RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Januari 2021

Yamaha YZF-R25 Dengan Warna & Rekacorak Baru

Demi menawarkan produk terbaik buat peminat jentera Yamaha, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dengan bangganya telah memperkenalkan warna terbaru untuk Yamaha YZF-R25. Warna baru itu ialah Metallic Cyan yang menggantikan varian Matte Silver 2020 pastinya menawarkan rekacorak grafik yang lebih segar dan menarik. Namun untuk varian Yamaha Blue masih dikekalkan.

R25 merupakan sebuah jentera supersport yang cukup popular dalam kelasnya sehingga kini kerana untuk menunggangnya tidak memerlukan lesen B penuh. Model ini dijana dengan enjin 4 lejang, 2 silinder, DOHC, 249cc dengan sistem penyejuk cecair mampu menawarkan kuasa maksimum 26.5kW pada 12,000rpm dan tork 22.6Nm pada 10,000rpm.

Model ini juga turut dilengkapi dengan sistem transmisi 6 kelajuan dan isi tangki bahan api 14.3 liter. Antara kelengkapan lain seperti lampu-lampu LED, paparan meter LCD, kerangka jenis berlian, brek-brek cakera, berat 166kg dan saspensi jenis teleskopik USD di bahagian hadapan manakala monocross (belakang).

Yamaha YZF-R25 boleh dimiliki pada harga RM19,998 (tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran & insurans) dengan jaminan waranti selama 2 tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Dengan setiap pembelian jentera ini, para pelanggan akan menerima Pengunci Cakera Yamaha yang bernilai RM100. Model ini kini boleh didapati di semua pusat pengedar Yamaha. RR

Isu Pada

Mac 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.