RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 April 2015

5 Pelumba Negara Sedia Harumkan Nama Malaysia

Perlumbaan Shell Advance Asia Talent Cup (SAATC) telah membuka tirainya pada 22 Mac lalu di Thailand dan Malaysia sekali lagi mempertaruhkan lima pelumba berbakat bagi merebut gelaran juara untuk musim 2015. Empat daripada lima pelumba negara itu ialah Shafiq Rasol, Adam Norrodin, Fakhrusy Syakirin Rostam dan Helmi Azman merupakan pelumba yang telah bersaing pada musim lepas manakala seorang lagi, Azroy Anuar adalah pelumba terbaru dalam pasukan negara.

SAATC merupakan platform terbaik untuk mengasah bakat anak-anak muda dari seluruh Asia untuk menjadi pelumba bertaraf antarabangsa. Dalam persaingan musim lalu, keputusan yang dicapai oleh para pelumba negara cukup membanggakan terutamanya Shafiq Rasol yang berjaya berada di podium di Malaysia dan Jepun seterusnya menamatkan saingan di tempat kelima keseluruhan.

“Shell Advance berbangga dengan menyokong tahun kedua kejuaraan menarik ini. Bagi bakat baru di Asia khususnya, SAATC merupakan peluang keemasan dan hanya datang sekali seumur hidup untuk mereka berlatih dan berlumba di tahap yang cukup kompetitif. Para pelumba ini juga diberi tunjuk ajar dan pendedahan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam dunia perlumbaan,” kata En.Troy Chapman, Pengurus Besar Kelompok Pelincir Shell.

Beliau turut menyatakan bahawa Shell, dengan minyak dan pelincirnya yang membolehkan para pelumba berada di barisan depan arena perlumbaan motosikal antarabangsa selama ini. Shell pastinya teruja kerana dapat bekerjasama dengan penaja lain untuk membantu dan menyediakan laluan untuk penunggang muda di Asia mencapai impian mereka berada di pentas antarabangsa.

Untuk saingan 2015, Jepun bakal diwakili oleh tujuh orang pelumba, China dengan dua orang pelumba, Indonesia dan Thailand masing-masing dengan tiga orang pelumba, manakala Australia dan Filipina dengan seorang pelumba. Setiap pelumba bakal beraksi dengan jentera Honda NSF250R Moto3 yang menggunakan minyak perlumbaan Shell V-Power dan minyak enjin Shell Advance Ultra baru dengan Teknologi PurePlus.

Perlumbaan berikutnya ialah 29 Mac di Qatar, 2 Ogos di Malaysia, 20 September di China, 11 Oktober di Jepun dan 25 Oktober di Malaysia. RR

Isu Pada

April 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.