RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Mei 2021

YAMAHA TRACKDAY : Demi Pecinta Motosikal Berkuasa Tinggi Yamaha

Tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) yang telah menganjurkan Track Day khusus untuk para pemilik motosikal berkuasa tinggi Yamaha seperti XJ6 Diversion, XJ6 Naked, MT-07 dan MT-09. Program yang diadakan di litar go-kart SIC itu berjaya mengumpulkan lebih kurang 50 orang peserta yang hadir dari seluruh negara, utara, selatan, timur dan barat.

Para peserta menimba pengalaman menunggang di litar go-kart SIC.
Para peserta menimba pengalaman menunggang di litar go-kart SIC.

"Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberikan peluang kepada para pemilik Yamaha untuk belajar teknik menunggang dengan betul dan tepat. Sememangnya ramai penunggang boleh memecut dengan laju tetapi tidak ramai yang dapat memasuki selekoh dengan baik dan selamat. Dengan kehadiran dua bekas pelumba negara, Shahrul Nizam dan Ahmad Fuad sebagai tenaga pengajar, segala tunjuk ajar dapat diberikan dengan lebih dekat dan efektif,” kata En. G.S Tan, Pengurus Kanan Perniagaan Motosikal Berkuasa Tinggi.

Ahmad Fuad (tengah) berkongsi tips menunggang dengan peserta.
Ahmad Fuad (tengah) berkongsi tips menunggang dengan peserta.

Para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan setiap sessi tunggangan di litar mengambil masa selama 20 minit untuk setiap kumpulan. Cara tunggangan, posisi badan, penggunaan gear dan brek dilihat dengan teliti oleh kedua-dua tenaga pengajar yang kemudiannya akan memberi komen dan penerangan di sessi taklimat.

Ternyata litar yang sepanjang 1,247 meter dengan 11 buah selekoh ini memberi cabaran kepada setiap penunggang tidak kira mereka yang berpengalaman atau tidak. Walaupun ramai yang bermula dengan perlahan tetapi selepas mendapat beberapa tips daripada tenaga pengajar, para peserta semakin selesa dan berani.

En. G. S. Tan (kiri) dari HLYM turut memberi sokongan kepada para peserta.
En. G. S. Tan (kiri) dari HLYM turut memberi sokongan kepada para peserta.

Pihak HLYM turut menyediakan 11 buah jentera seperti XJ6 Diversion, XJ6 Naked, MT-07 dan MT-09 untuk ditunggang uji dan juga ruang khas untuk mereka yang ingin mempertingkatkan kemahiran menunggang di kon-kon (slalom) atau meniti halangan.

“Masalah paling ketara ialah posisi badan yang tidak betul semasa berada atau sebelum memasuki selekoh. Posisi badan amat penting kerana ia menjadikan jentera stabil dan selamat. Selepas memberikan panduan dan tunjuk ajar, saya dapat melihat perubahan yang cukup mendadak dan ini amat baik untuk mereka,” kata Ahmad Fuad bekas juara cup prix kebangsaan.

Peluang yang tidak dilepaskan untuk mendapatkan ilmu tunggangan daripada bekas juara Cub Prix.
Peluang yang tidak dilepaskan untuk mendapatkan ilmu tunggangan daripada bekas juara Cub Prix.

Program ini juga turut disertai oleh tiga orang penunggang wanita iaitu Nur Farhana, Samila dan Suria. Keberanian para penunggang wanita yang turut hadir demi memperbaiki kemahiran tunggangan mereka sememangnya wajar diberi pujian dan dorongan. Diharap lebih ramai lagi kaum hawa yang berani menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Rekaan topi keledar ala Jorge Lorenzo, popular antara penunggang.
Rekaan topi keledar ala Jorge Lorenzo, popular antara penunggang.

“Memang pada awalnya saya agak takut terutamanya apabila tiba di selekoh tetapi selepas lima lap, barulah saya lebih yakin dan selesa. Saya sudah menggunakan model XJ6 ini hampir tiga tahun dan sememangnya pengalaman di litar ini menjadikan tunggangan saya semakin baik,” kata Farhana dari Puchong.

 Kiri: Shahrul Nizam turut memberi petua tunggangan berhemah.
Kiri: Shahrul Nizam turut memberi petua tunggangan berhemah.

“Memang bagus program yang dijalankan kerana banyak kekeliruan dan masalah cara tunggangan dapat diatasi. Saya kini lebih yakin dan mampu menunggang dengan lebih selamat,” kata Shahidan Md Dahan yang sanggup datang dari Melaka.

Menurut HLYM, usaha murni sebegini tidak hanya berhenti di sini sebaliknya akan terus diadakan dari masa ke semasa dan pastinya ia akan terus mendapat sokongan ramai. RR

Isu Pada

Mei 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.