RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mei 2015

Pantai Merdeka Diserbu Pemilik Modenas Dinamik

Atas inisiatif para pemilik MODENAS Dinamik 120 yang bersemangat pada bulan Mac lalu, mereka telah berjaya mengadakan perjumpaan buat kali kedua di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah. Lebih daripada 350 buah motosikal ini berjaya dikumpul dari utara hingga selatan semenanjung tanahair. Tujuan mengadakan perjumpaan kali kedua ini adalah untuk mengumpulkan para pemilik Dinamik 120 yang berada di negeri utara semenanjung seperti negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang supaya dapat berkenalan dan bertukar pendapat antara satu sama lain.


Ada yang datang dari Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Perak semata-mata untuk tidak melepaskan peluang berkumpul dan menambah kenalan sesama rakan yang sebelum ini hanya kenal di alam maya sahaja.

Sebanyak 15 buah motosikal Dinamik 120 bertolak dari ibu pejabat EDARAN MODENAS Sdn Bhd di Glenmarie, Shah Alam pada waktu malam kerana ramai peserta bekerja pada waktu siang. Konvoi beristirehat di hentian rehat Tapah dan membaiki sebuah motosikal peserta yang mengalami tayar pancit. Terima kasih kepada pihak MODENAS yang menyediakan van bantuan yang membawa alat ganti. Setelah sampai di Kedah, mereka bermalam di sebuah hotel di bandar Sungai Petani.

EDARAN MODENAS Sdn Bhd tidak melepaskan peluang untuk turut bersama-sama memeriahkan lagi perjumpaan kali ini dengan menawarkan servis percuma dan potongan harga alat ganti 20% untuk para pelanggan mereka yang membuat pemeriksaan dan servis di sana.

Keesokannya para peserta berkumpul di salah sebuah stesen minyak di bandar Sungai Petani yang telah ditetapkan. Perjalanan para peserta disajikan dengan pemandangan yang menarik dari bandar Sungai Petani ke Pantai Merdeka. Konvoi melalui kawasan perkampungan yang dikelilingi dengan sawah padi dan rimbunan pohon kelapa yang menyejukkan suasana pemandangan walaupun hari agak panas.

Konvoi tiba dengan selamat di pantai Merdeka pada waktu tengahari dan disambut oleh petugas MODENAS di situ. Selain terkenal sebagai tempat beristirehat dan beriadah, pantai ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Di sini terdapat sebuah kubu pertahanan British yang dibina ketika zaman perang dunia kedua. Ia dibina untuk mengawal dan mempertahankan pantai ini daripada ancaman pihak tentera Jepun pada waktu itu.

Selepas makan tengahari, para peserta kembali ke tempat berkumpul untuk sessi cabutan bertuah. Hadiah ditaja oleh pihak MODENAS dan syarikat telekomunikasi yang semakin meningkat naik iaitu ALTEL.

“Saya amat berpuas hati dan gembira dapat berjumpa dengan para peserta kerana inilah kali pertama saya menyertai perjumpaan ini. Semua peserta konvoi juga gembira. Diharap, pihak MODENAS boleh adakan perjumpaan seperti ini di setiap negeri untuk mendekati para pelanggannya,” jelas En. Kahar Osman berusia 48 tahun dari Gurun, Kedah. RR

Isu Pada

Mei 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.