RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 31 Mei 2021

Yamaha NMAX 155 2021 Hadir Dengan Dua Warna Baru - RM8,998

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd telah memperkenalkan warna baru untuk Yamaha NMAX 155 2021 yang kini tampil dengan lebih segar. Model ini merupakan sebuah jentera skuter dari keluarga MAX yang sentiasa menawarkan keselesaan ketika menunggang tidak kira di mana sahaja.

Jentera yang dijana dengan enjin 155cc VVA, SOHC, silinder tunggal dengan sistem penyejuk cecair ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.3kW pada 8,000rpm dan 13.9Nm pada 6,000rpm. Skuter yang mempunyai berat 130kg ini digerakkan dengan sistem transmisi jenis Tali Sawat V-Automatik.

Skuter Yamaha ini turut dilengkapi dengan kerangka jenis backbone, brek-brek cakera, sistem suntikan bahan api dan tinggi pelana 765mm. Antara ciri-ciri lain yang menarik yang ada pada NMAX 155 seperti lampu-lampu LED, ruang bawah pelana berkapasiti 23,3 liter, tangki bahan api 7.1 liter, sistem Stop & Start, lampu kecemasan dan soket 12V untuk mengecas telefon pintar.

Yamaha NMAX 155 didatangkan dalam dua warna menarik iaitu Icon Grey dan Power Grey yang boleh dimiliki pada harga RM8,998 (tanpa yuran pendaftaran & insurans) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Pemilik jentera ini juga akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma. RR

Isu Pada

Julai 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.