RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Mac 2020

DIDI Resources Sdn Bhd Pengedar Sah Terbaru Kumpulan Piaggio

Piaggio Group dengan rasminya mengumumkan perlantikan Didi Resources Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi skuter premium, Piaggio dan Vespa. Pengerusi dan Pengarah Besar Piaggio Vietnam merangkap Timbalan Presiden Eksekutif Dua Roda Asia Pacific, Mr. Gianluca Fiume berkata, perlantikan pengedar baru ini merupakan sebahagian daripada strategi perniagaan kumpulan berjenama Piaggio, Vespa, Aprilia and Moto Guzzi yang kini berada di bawah satu bumbung bagi mendapatkan impak serta kecekapan di tahap tertinggi dalam semua aspek perniagaan dan pengukuhan komitmen para pelanggan di Malaysia.

Melalui konsep Motoplex, pihak Piaggio mampu menawarkan lebih banyak kepelbagaian barisan jentera khususnya buat para pencinta motosikal Itali yang sentiasa terkenal dengan gaya hebat, prestasi mantap dan semestinya kaya dengan sejarah. Dengan kerjasama terbaru bersama Didi Resources Sdn Bhd, Piaggio yakin jenama ini akan lebih cemerlang di pasaran.

Menurut Pengerusi Didi Resources Sdn Bhd, En. Rewi Hamid Bugo, pihaknya amat berbangga dengan perlantikan ini dan menerusi konsep Motoplex, para pelanggan akan menikmati suasana yang lebih menarik. Konsep ini menitikberatkan kaedah pemasaran intensif, perkhidmatan lepasan jualan yang efisien, mengukuhkan hubungan komuniti dan penglibatan jenama ini dalam pasaran dua roda yang semakin kompetitif.

Motoplex merupakan pusat perniagaan inovatif yang menjadi tempat untuk memberi manfaat kepada semua pihak termasuklah pelanggan, pengimpot dan pengedar. Ia adalah gabungan tempat servis, aksesori, barangan rasmi, alat ganti tulen dan hiburan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.