RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 September 2021

Program Bantuan Prihatin Covid-19 Bersama Boon Siew Honda

Boon Siew Honda dan Kedai Eksklusif Honda Impian X di Pulau Pinang telah bekerjasama untuk memberi sokongan dan bantuan barangan keperluan buat 210 orang pelanggan serta 21 rumah kebajikan yang terjejas ekoran pandemik yang melanda.

BSH CEO 'kanan sekali' & wakil pengedar Honda bersama Persatuan Yee Ran Jin Sheh Handicapped Children's Home serta Pusat Jagaan Sinar Ceria.
BSH CEO 'kanan sekali' & wakil pengedar Honda bersama Persatuan Yee Ran Jin Sheh Handicapped Children's Home serta Pusat Jagaan Sinar Ceria.

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai orang di sekeliling kita telah kehilangan pendapatan. Melalui inisiatif ini, Boon Siew Honda dan Honda Impian X berusaha sebaiknya untuk meringankan beban khususnya ketika menghadapi saat sukar seperti sekrang ini.

Bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, serta baucer barangan runcit dan kad hadiah petrol telah diberikan kepada individu sementara sejumlah 21 rumah kebajikan di Pulau Pinang juga mendapat manfaat daripada baucer makanan dan kad hadiah petrol. Bantuan keseluruhan untuk program bantuan ini berjumlah kira-kira RM 56,000.

Pihak pengurusan Boon Siew Honda (berbaju putih) dan wakil pengedar.
Pihak pengurusan Boon Siew Honda (berbaju putih) dan wakil pengedar.

“Sudah lebih dari satu tahun kita memerangi wabak tersebut dan menyebabkan masyarakat terpaksa menggunakan segala sumber dan simpanan untuk kelangsungan hidup. Kami berharap inisiatif ini dapat meringankan beban lebih-lebih lagi ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, En. Yoshitaka Nakamura.

Pengagihan bantuan diadakan pada 25 Ogos di tujuh buah pengedar Honda iaitu Chang Motor Sdn. Bhd., Jimat Motor Sdn. Bhd., KB Soon Huat Motor Sdn. Bhd., NI Motor Sdn. Bhd., Sing Huat Motors Sdn. Bhd., Soon Lee Jaya Motor (Sg Dua) ​Sdn. Bhd. dan Taycon Motor Sdn. Bhd.

Lebih bermakna dengan kehadiran pihak pengurusan Boon Siew Honda seperti En. Yoshitaka Nakamura, En. Voon Yin Kong, En. Andy Kiong, dan En. Steven Chin. Demi kesihatan dan keselamatan semua, program yang dijalankan ini mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk jarak fizikal serta memakai pelitup muka. RR

Isu Pada

Oktober 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.