RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 September 2021

Boon Siew Honda Sumbang RM100,000 kepada Tabung Covid-19 Pulau Pinang

Boon Siew Honda (BSH) telah menyumbang RM100,000 kepada Tabung Covid-19 Pulau Pinang  dalam usaha untuk melengkapkan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memerangi penularan wabak Covid-19.

Majlis penyampaian sumbangan dana tersebut diadakan di Komtar dan telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow  serta Pengarah Urusan Boon Siew Honda, En. Yoshitaka Nakamura. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Alam Sekitar Negeri, YB Phee Boon Poh, Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, YB Dr. Norlela Ariffin, ADUN Air Itam iaitu YB Joseph Ng dan Dato' Sri Datuk Wira Tan Hui Jing (Pengerusi Boon Siew Honda).

“Kami berterima kasih kepada semua Barisan Hadapan yang telah bekerja keras demi menentang pandemik ini. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, BSH memainkan peranannya dalam memberikan kembali kepada masyarakat serta berganding bahu dalam perjuangan ini. Kami berharap sumbangan ini dapat disalurkan bagi menyokong pengembangan dan peningkatan sistem penjagaan kesihatan negeri ini, ”kata En. Nakamura.

Boon Siew Honda amat bersetuju dan akui strategi 3T (Testing, Tracing, Treating) yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri untuk membendung penyebaran Covid-19.

"Kami memahami bahawa T terakhir iaitu 'Treating atau Merawat adalah fasa yang paling mencabar kerana keberkesanannya ditentukan berdasarkan kemampuan sistem penjagaan kesihatan. Hospital dan Pusat Kuarantin hampir penuh, kita mesti bertindak pantas untuk membantu menangani kes-kes yang semakin meningkat, ”kata Dato’ Sri Datuk Wira Tan Hui Jing. RR

Isu Pada

November 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.