RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Oktober 2021

Mforce Kini Pengedar Eksklusif QJ Motor Di Malaysia

Pengeluar dan pengedar motosikal terkenal Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah dilantik menjadi pengedar eksklusif untuk motosikal berjenama QJ Motor di Malaysia. Qianjiang Motorcycle yang dibangunkan sejak tahun 1985 mengeluarkan pelbagai jenis motosikal termasuklah jenama Benelli, Keeway dan QJ Motor yang telah dieksport ke seluruh dunia.

SRT800
SRT800
SRK600
SRK600

QJ Motor sentiasa mengikuti strategi perkembangan teknologi yang canggih, peralatan yang moden serta produk berkualiti bertaraf antarabangsa. Selain harga yang sangat kompetitif, QJ Motor juga turut menawarkan kualiti dan spesifikasi yang terkini.

Dengan kemasukan jenama QJ Motor ke pasaran motosikal Malaysia, ianya akan memberikan lebih banyak pilihan kepada peminat-peminat motosikal di negara ini memandangkan produknya merangkumi pelbagai jenis motosikal, dari 100cc hingga 1300cc seperti SRT800, SRK600, QJ Race 250 dan sebagainya.

QJ Race 250
QJ Race 250

Pengurus Besar Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., Asri Ahmad berkata bahawa Mforce kini sedang giat menjalankan ujian ketahanan ke atas beberapa model QJ Motor bagi memastikan kualiti keseluruhan motosikal tersebut berada dalam keadaan yang terbaik.

Peminat motosikal akan dapat menyaksikan dan boleh memiliki motosikal jenama QJ Motor pada suku kedua tahun 2022 menerusi pengedar-pengedar sah Mforce di seluruh negara. RR

Isu Pada

November 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.