RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Oktober 2021

WMOTO WM110 Versi Dipertingkatkan

Wmoto Malaysia telah memperkenalkan WM110 versi yang dipertingkat (facelift) dari segi warna dan grafik serba baru agar tampak menyerlah. Jentera berkonsepkan mampu milik ini ditawarkan pada harga RM3,788 dengan tiga pilihan warna iaitu biru, merah dan hitam.

WM110 didatangkan dengan enjin bersesaran 109cc, silinder tunggal, sistem penyejuk udara yang mampu menghasilkan kuasa 7.1hp pada 8,000rpm dan tork 7.2Nm pada 6,000rpm. Model ini juga turut disempurnakan dengan saspensi belakang jenis Kayaba (KYB) yang menawarkan tahap prestasi pengendalian, stabil serta keselamatan perjalanan yang lebih tinggi.

Jentera ini amat sesuai untuk tunggangan harian. Dengan kapasiti tangki bahan api 4 liter, WM110 ini mampu menyusuri perjalanan sejauh 55km per liter dengan purata kelajuan sekitar 80-90 km/j.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada model ini seperti brek cakera di bahagian hadapan, lampu hadapan yang terang untuk tunggangan pada waktu malam, fork hadapan teleskopik dan panel meter yang jelas.

Wmoto WM110 sudah boleh didapati di semua pengedar sah MForce di seluruh negara. Pembeli jentera ini juga akan menikmati waranti pengeluaran selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd. RR

Isu Pada

Disember 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.