RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Disember 2021

Pemandu Treler Hampir Gilis Penunggang Motosikal Didenda RM6,000

Seorang pemandu treler telah didenda sebanyak RM6,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan memandu tanpa cermat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas ke atas seorang penunggang motosikal pada 24 November lalu.

Kredit Foto: Utusan Online
Kredit Foto: Utusan Online

Majistret Amirul Asyraf Abd. Rashid turut memerintahkan hukuman penjara enam bulan terhadap Orang Kena Saman (OKS) iaitu Noor Haffiza Che Ani jika gagal membayar denda. Pihak mahkamah turut memerintahkan penyemakan semula lesen memandu tertuduh sebelum diserahkan semula padanya.

Noor Haffizza didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di sebuah stesen minyak di Bandar Suleiman sehingga menyebabkan berlakunya kecederaan kepada Mohamad Iftiqar Mohamad Amran.

Noor Hafiza memohon agar hukuman direndahkan berikutan dia sedang menjaga dan menanggung ibunya yang sedang sakit. Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur'Ayuni Jamri kemudiannya memohon mahkamah untuk menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Kejadian ini tular di media sosial, menunjukkan seorang penunggang motosikal yang sedang mengisi angin tayar di sebuah stesen minyak nyaris maut apabila dilanggar oleh sebuah treler. RR

Sumber & Kredit Foto: Utusan Online

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.