RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Disember 2021

Vespa Kota Kinabalu Selamat Dirasmikan

Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Vespa di Malaysia dengan bangganya mengumumkan perasmian Bilik Pameran Vespa di Kota Kinabalu, Sabah dengan menawarkan rangkaian penuh motosikal berjenama Vespa.

Bilik pameran baru ini juga disifatkan sebagai kedai konsep dinamik yang membawa rangkaian produk komprehensif dan pusat khidmat pelanggan yang menjadikannya destinasi pilihan untuk para pencinta dua roda. Vespa Kota Kinabalu 3S ini bukan sekadar Pusat Servis sahaja malah menawarkan ruang menunggu yang selesa dan pelbagai kemudahan gaya hidup.

“Bagi Didi, perasmian Stunning Bike (Vespa kota Kinabalu) adalah satu lagi detik bersejarah dan ia kini menjadi bilik pameran 3S pertama jenama Vespa di Sabah. Ini amat penting khususnya dari segi pengukuhan kedudukan Vespa di Sabah. Didi turut bakal merasmikan dua lagi bilik pameran terkini iaitu di Kuantan, Pahang dan Johor Bharu, Johor di penghujung tahun ini,” kata Pengerusi Didi Resources Sdn Bhd, En. Rewi Bugo.

Stunning Bike (Vespa Kota Kinabalu) adalah pengedar 3S rasmi Didi yang pertama di Sabah dan menggunakan identiti korporat untuk ruang pameran Vespa baru ini. Untuk jadikan hari perasmian ini lebih istimewa, kami telah mengambil cabaran untuk melakukan percubaan Malaysia Book of Records untuk Karya “The Highest Elevated Grafitti Artwork Helium Ballon,” kata Pengasas dan Pengarah Urusan Stunning Bike Sdn Bhd, En. Jordon Chan.

Vespa Kota Kinabalu beroperasi Wisma Inanam, Kota Kinabalu, Sabah yang merangkumi kemudahan jualan dan perkhidmatan. RR

Isu Pada

Februari 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.