RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Januari 2022

Peserta Konvoi Motosikal ke Langkawi di 'Sambut' Polis, 473 Saman Dikeluarkan

Beberapa rakaman video yang tular di laman Facebook baru-baru ini memaparkan ratusan penunggang motosikal terpaksa menolak jentera masing-masing sebaik sahaja tiba di Dermaga Tanjung Lembung, Langkawi untuk bercuti sempena tahun baru selepas ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu operasi.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 1,200 motosikal telah diperiksan oleh pihaknya dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi tersebut. Oleh itu, sejumlah 473 saman dikeluarkan oleh PDRM yang membabitkan 606 kesalahan trafik yang majoritinya tiada nombor pendaftaran dan tiada cermin sisi.

“Mereka tiba melalui tiga perkhidmatan feri penumpang dan kenderaan dari Kuala Perlis ke Jeti Tanjung Lembung, Langkawi sekitar jam 5 petang, diikuti 9 malam dan 11 malam,”tambah beliau dalam kenyataannya.

Pihak JPJ juga turut mengeluarkan 104 notis atas pelbagai kesalahan dan menyita sebuah motosikal pada operasi yang sama.

Shariman berkata, rata-rata penunggang motosikal itu adalah dari Lembah Klang, Terengganu, Kelantan dan Johor.

“Sebuah motosikal bukan sahaja tiada nombor pendaftaran , malah digantikan dengan tulisan 'Langkawi Attack #JB_MARI'

“Kesemua penunggang motosikal tersebut diberi peringatan dan nasihat supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya sepanjang berada di pulau ini,” katanya.

Sumber berita – Harian Metro

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.