RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Mac 2020

Warna Baru Yamaha Ego Solariz

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan model Yamaha Ego Solariz 2019 yang kini hadir dalam empat warna serba baru iaitu Merah, Emas, Biru dan Cyan. Dengan kehadiran warna baru yang lebih ceria dan bersemangat ini, para pemilik Ego Solaris pastinya akan berbangga dan teruja setiap kali menunggang jentera ini walau di mana sahaja.

Ego Solariz menarik minat ramai dengan rupabentuk ranggi dan menawan. Jentera ini didatangkan dengan enjin 125cc, sistem penyejuk cecair, SOHC yang menawarkan kuasa tertinggi 7.0kW pada 8,000rpm dan tork 9.6Nm pada 5,500rpm. Dengan penggunaan sistem suntikan bahan api, Ego Solariz bukan sahaja memiliki pecutan yang mantap tetapi juga menawarkan kadar penjimatan petrol yang optimum.

Untuk kawalan dan pengendalian yang mantap di sepanjang perjalanan, jentera ini dilengkapkan dengan tayar-tayar bersaiz 70/90-14M/C (depan) dan 80/90-14M/C di belakang yang dikawal dengan cemerlang oleh fork hadapan jenis teleskopik serta penyerap hentak tunggal di belakang.

Model baru ini telah berada di pasaran pada Disember yang lalu dan ditawarkan pada harga asas yang sama iaitu RM5,234 (tanpa cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans). RR

Isu Pada

Januari 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.