RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Januari 2022

MForce Lanjut Kempen Perkhidmatan Bantuan Banjir Buat Mereka Yang Terjejas

Pada 23hb Disember 2021, MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah mengadakan kempen perkhidamatan bantuan banjir buat mereka yang terjejas terutamanya di kawasan Lembah Klang sehingga 15hb Januari 2022. Oleh itu, pihak MForce telah melanjutkan kempen tersebut sehingga 17hb Februari 2022 untuk memberi peluang kepada  mereka yang tidak berkesempatan menghantar motosikal mereka untuk diperbaiki yang mengalami kerosakan akibat banjir.

Sehingga kini, MForce telah menerima dan membaiki lebih daripada 500 unit motosikal yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku sebelum ini. Dalam kempen ini, MForce menawarkan perkhidmatan penukaran minyak enjin secara percuma dan pemeriksaan serta penyelengaraan tanpa bayaran kepada pemilik jentera SYM, Benelli, WMOTO, Sm Sport, Keeway dan Brixton. Para pemilik juga akan menerima potongan harga sebanyak 20% ke atas alat ganti terpilih.

Pemilik motosikal keluaran MForce yang terjejas akibat banjir boleh menghantar jentera mereka ke cawangan MForce Segambut beserta surat sokongan untuk menikmati faedah ini:

  • Alamat: No. 15, Jalan Segambut Atas, Taman Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Nombor telefon: 04-545 2222
  • Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, jam 8.30am - 5.30pm

MForce juga turut memiliki pelbagai jenis model motosikal ekonomi pada harga yang mampu milik, jimat minyak dan mudah diselenggara. Antara model-model tersebut adalah SYM Sport Rider 125, SM Sport 110E, SM Sport 110R, Benelli VZ125i, WMoto ES125, WMoto VE-110 serta WMoto WM110 yang boleh didapati di mana-mana pusat pengedar sah MForce di seluruh Malaysia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.