RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mac 2019

Samurai Fans International Party

Pengeluar cat terkenal, Samurai Paint Malaysia telah menganjurkan Samurai Fans International Party 2018 yang diadakan di perkarangan Stadium Melawati Shah Alam pada minggu terakhir tahun 2018. Acara yang diadakan selama dua hari itu telah mendapat sambutan yang cukup meriah daripada para peminat motosikal dari seluruh negara. Ini kerana pesta tersebut turut disertai oleh para pengedar Samurai Paint dari beberapa buah negara lain seperti Thailand, Filipina, Kemboja, Indonesia dan Vietnam.

Dengan penganjuran ini, para pengunjung turut berpeluang untuk mendekati dan mengenali sedikit sebanyak mengenai pakaian, bahasa dan gaya masyarakat dari setiap negara yang terlibat. Wakilwakil Samurai Paint dari setiap negara juga mengadakan pelbagai aktiviti buat para pengunjung yang bertujuan untuk merapatkan hubungan tanpa sempadan bangsa, agama dan bahasa.

Ruang pameran team Kemboja meraikan para tetamu dengan permainan Ang Kung yang merupakan permainan tradisional Kemboja. Ia biasanya dimainkan semasa tiba tahun baru dan caranya, peserta yang berjaya menjatuhkan ketigatiga Ang Kung berposisi berdiri akan diberi hadiah berupa selendang buatan tangan. Khemah Thailand pula menyediakan permainan 'Baling Gelung' dan bergambar bersama pakaian tradisional warga Thai.

Khemah promosi Filipina turut mempamerkan pakaian tradisional dan model skala kecil Jeepney yang sememangnya cukup unik. Jeepney merupakan ikon kenderaan awam Filipina berwarna warni seperti mana Tuk Tuk di Thailand. Dahulunya, Jeepney digunakan dalam peperangan untuk membawa tentera tetapi kini ia adalah satu kebanggaan rakyat Filipina. Seperti Filipina, team Vietnam turut mempamerkan pakaian tradisional tetapi lebih menarik apabila ia dipakai oleh salah seorang daripada mereka. Para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan.

Wakil-wakil Samurai Paint dari keenam-enam negara (termasuk Malaysia) turut membuat demonstrasi dan berkongsi tip cara-cara untuk mengecat dengan kemas dan cantik. Jujurnya, ketepatan dan kesempurnaan semburan kakitangan Samurai cukup mengagumkan. Ia memang satu seni dan pastinya hasil daripada pengalaman yang luas dalam bidang ini.

'Pesta' Samurai Paints ini juga meraikan para pengunjung dengan pertunjukan silap mata, tarian pop, pertandingan Speed-Spray, Selfie terbaik, persembahan pemuzik jalanan, pameran motosikal, pertunjukan gymkhana dan celoteh dua orang pengacara yang cukup menghiburkan. Para pengunjung yang hadir turut berpeluang membeli pelbagai jenis barangan dan pakaian Samurai Paint yang dijual dalam pakej yang cukup menarik dengan harga yang berpatutan.

Selain itu juga, penganjuran ini turut memberi peluang kepada para peniaga menjual barangan lain seperti baju-t, stiker, topi, cermin mata, pelbagai jenis bag, key chain, aksesori menunggang dan air minuman. Di sebelah malam pula, para pengunjung berpeluang untuk menyanyi bersama-sama di persembahan selebriti tanahair popular iaitu One Avenue Band dan Ku-gi-ran Masdo!

Acara yang diadakan selama dua hari ini mendapat sambutan yang cukup hebat dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah untuk beberapa pertandingan yang dijalankan serta acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah istimewa KTNS Rhino 125. RR

Isu Pada

Mac 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.