RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 April 2022

Suspek Memandu Lawan Arus Telah Ditahan

Berikutan insiden sebuah kereta yang dipandu melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan dua penunggang motosikal di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, suspek yang cedera di kepala ditahan kira-kira 4 petang semalam.

kredit: FB Info Kemalangan, Bencana dan Jenayah (i-KBJ)
kredit: FB Info Kemalangan, Bencana dan Jenayah (i-KBJ)

Tangkapan ke atas suspek dilakukan ketika menerima rawatan di Hospital Banting selepas melanggar penunggang motosikal kedua.

“Siasatan mendapati ketika kejadian 2.49 petang semalam, penunggang motosikal Honda Dash dari arah Banting menghala ke Bandar Saujana Putra tiba di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Tanjung 12 Lebuhraya SKVE (arah Pulau Indah ke Bandar Saujana Putra).”

“Ketika itu, penunggang Honda Dash sedang bergerak lurus, tiba-tiba terlihat sebuah Perodua Bezza berhenti di lorong kecemasan menyebabkan penunggang motosikal itu terus memberhentikan kenderaannya di hadapan Perodua Bezza.”

“Secara tiba-tiba, Perodua Bezza bergerak semula lalu melanggar sisi bahagian hadapan Honda Dash itu sehingga penunggang terjatuh dan mengalami kecederaan ringan di kaki dan tangan," kata Superintendan Ahmad Ridhwan.

Beliau menambah, selepas perlanggaran itu, pemandu Perodua Bezza itu terus bergerak melawan arus di lorong kecemasan berkenaan dan melanggar sebuah lagi motosikal sehingga penunggang motosikal Yamaha 135LC itu tercampak menyebabkan kecederaan di kedua-dua tangan dan kaki.

kredit: FB Info Kemalangan, Bencana dan Jenayah (i-KBJ)
kredit: FB Info Kemalangan, Bencana dan Jenayah (i-KBJ)

Suspek lelaki, 42 tahun yang juga pemandu Perodua Bezza ditangkap, malah sampel darah diambil untuk tujuan analisa alkohol dan dadah.

“Suspek ditangkap di hospital selepas dibawa dengan ambulans dari tempat kemalangan dan ditahan di wad kerana cedera di kepala. “Suspek tidak akan direman kerana mengalami kecederaan," kata beliau.

Saksi bebas yang melihat kemalangan berlaku atau saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan ini boleh menghubungi mana-mana balai Polis berhampiran atas Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mazrol Mohd Din (Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat) di talian 011-18539115 @ 03-31872222.”.

Video yang memaparkan kemalangan tersebut telah tular di media sosial sejak semalam. RR

sumber: https://www.hmetro.com.my/
kredit gambar: FB Info Kemalangan, Bencana dan Jenayah (i-KBJ)

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.