RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Februari 2022

Kembara Kental 1,600km Dalam Masa 24 Jam

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) dengan kerjasama Petron Malaysia (PETRON), telah menganjurkan “Cabaran 1,600KM Modenas Dominar D400” pada 18 November 2021 yang lalu.

Konvoi ini seakan sama dengan cabaran “Saddlesore 1000” yang dianjurkan oleh persatuan antarabangsa “Iron-Butt” yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Cabaran ini dianjurkan khusus bagi menguji ketahanan mental dan fizikal para penunggang serta keupayaan motosikal Modenas Dominar D400 yang telah dinaiktaraf.

Sudah menjadi kebiasaan setiap hujung minggu kebanyakan peminat motosikal akan berkonvoi sama ada ke pantai timur, lebuhraya Karak ataupun bermalam di Genting Highlands. Akan tetapi ada juga segelintir yang lebih suka menguji kemahiran menunggang, ketahanan diri serta keupayaan motosikal.

Pada 18 November 2021 tepat jam 7.33 pagi, seramai 10 orang peserta termasuk beberapa wartawan automotif telah menyahut cabaran 1,600 kilometer dalam masa 24 jam. Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, telah melepaskan konvoi yang akan memulakan perjalanan sejauh 399km dari PETRON Subang Jaya menuju ke kilang MODENAS di Gurun, Kedah.

Konvoi itu kemudiannya meneruskan perjalanan menuju ke Kelantan melalui Banjaran Titiwangsa dan kawasan hutan simpan di Hutan Hujan Royal Belum, Perak, dan secara tidak langsung terlihat kelibat seekor gajah. Perjalanan sejauh 315km dalam keadaan cuaca hujan lebat menuju ke Jerteh, Kelantan itu melalui jalan yang agak sempit, tetapi dikelilingi pemandangan yang menarik.

Apabila tiba di pekan Jerteh di mana matahari akan terbenam dalam beberapa jam lagi, ketua marshal memberi arahan untuk berhenti dan membiarkan konvoi berehat seketika dan makan malam sebelum menempuh perjalanan sejauh 234KM ke Kijal, Terengganu. Dari Kijal, konvoi kemudiannya meneruskan perjalanan ke Gambang, Pahang.

Ketika konvoi bergerak dari Gambang menghala ke Mersing, perjalanan diteruskan dalam suasana yang amat gelap. Dan satu-satunya cahaya yang boleh menerangi perjalanan yang mencabar ini adalah dari lampu Modenas Dominar D400 itu sendiri. Konvoi itu kemudiannya meneruskan perjalanan ke Mersing, Johor dan berhenti di Simpang Renggam, Johor, untuk berehat sebentar setelah menempuhi perjalanan sejauh 553km.

Konvoi itu berehat selama 30 minit di Ayer Keroh, Melaka sebelum meneruskan baki perjalanan sejauh 118km sebelum hentian terakhir mereka di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan menamatkan perjalanan di Hotel Concorde Kuala Lumpur, pada 19 November 2021 jam 6.44 pagi.

Ahli konvoi telah berjaya menempuhi jarak sejauh 1,619KM dalam masa 23 jam 8 minit yang meliputi beberapa laluan paling sukar, dan keadaan yang agak mencabar serta berpeluang melihat pemandangan seluruh Semenanjung Malaysia dalam satu pengembaraan.

"Ini adalah kali pertama MODENAS menganjurkan konvoi sejauh 1,600km dalam tempoh 24 jam dan saya percaya ini juga kali pertama bagi mana-mana pengeluar motosikal menganjurkan acara seperti ini secara rasmi. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyahut cabaran ini dan berjaya menamatkannya dalam masa kurang dari 24 jam,” kata Roslan Roskan.

“Kami berharap dapat menganjurkan lagi acara seperti ini dengan model motosikal kami yang lain. Perjalanan yang panjang dan epik merentasi negara ini sememangnya mencabar bagi penunggang dan motosikal tetapi Modenas Dominar D400 edisi 2021, sudah pasti memberikan keselesaan dan segala yang diperlukan untuk mencapai objektif dalam keadaan terbaik,” tambah beliau. RR

Isu Pada

Februari 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.