RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 April 2022

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Kembali....

Selepas dua tahun 'tertunda' dengan masalah pandemik Covid-19 yang melanda dunia, Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha anjuran Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah selamat dijalankan semula baru-baru ini. Penganjuran kali ke-24 ini juga merupakan kolaborasi bersama Malaysian Motorcycle and Scooter Dealers Association (MMSDA) dan Petronas Dagangan Petronas (PDS).

Dari kiri: Ms Patricia, Dato' Dr Jim Khor dan Dato' Wee Hong melancarkan 'Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke-24.
Dari kiri: Ms Patricia, Dato' Dr Jim Khor dan Dato' Wee Hong melancarkan 'Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke-24.

Bertempat di stesen Petronas Technology Park Kuala Lumpur, kempen yang bertemakan 'Pulang Selamat, Keluargamu Menanti' ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para penunggang motosikal tentang pentingnya pemeriksaan dilakukan pada motosikal yang ditunggang sebelum pulang berhari raya di kampung.

Menerusi kempen ini, setiap pelanggan yang hadir akan menerima pemeriksaan secara percuma di 'point' atau bahagian penting motosikal masing-masing seperti lampu, lampu brek, sistem brek, ketegangan rantai hon, cermin sisi, tekanan tayar, tahap bunga tayar dan lain-lain. Jika terdapat sebarang masalah, para mekanik Yamaha akan memberikan nasihat sama ada untuk membuat gantian serta merta menggunakan komponen, alat ganti atau pelincir yang ditawarkan.

Sepanjang 4 hari penganjuran kempen ini, pihak Petornas Dagangan akan memberikan pakej Petronaa Coffee Brake disamping pelbagai barangan menarik lain dari Hong Leong Bank, Yukazan, RB, SOS Fastlance dan lain-lain. Selain itu juga sebanyak 300 buah topi keledar dan vest keselamatan Pacific & Orient Insurances Co. turut dihadiahkan kepada para pengunjung. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.