RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Jun 2022

Honda CBR1000RR-R Untuk Para Petugas Perlumbaan Isle Of Man TT

Sejak dari tahun 2016, Honda UK telah menyediakan jentera CBR Fireblade untuk kegunaan para petugas Traveling Marshal dalam perlumbaan Isle of Man TT. Untuk saingan tahun ini, Honda UK akan terus bekerjasama sebagai Official Motorcycle and Car Partner Isle of Man TT Races. Pengumuman ini sememangnya adalah satu penghargaan atas kerjasama di antara kedua-dua pihak dalam perlumbaan bersejarah ini yang menjangkau lebih 60 tahun.

Para krew 'Traveling  Marshal' sedia bertugas dengan jentera masing-masing.
Para krew 'Traveling Marshal' sedia bertugas dengan jentera masing-masing.

Honda UK akan menyediakan para petugas Travelling Marshalls dengan sembilan buah Honda CBR1000RR-R Fireblade termasuk varian SP serta beberapa model dengan corak livery Ulang Tahun ke-30.

Selain itu, terdapat lapan buah kereta akan disediakan oleh Honda UK untuk pegawai acara, termasuk Civic Type R Sport Line, dua buah model Civic 1.0, serta lima buah HR-V untuk memudahkan proses rondaan di laluan perlumbaan yang sepanjang 60.32 kilometer itu.

Perlumbaan TT Isle of Man 2022 telah bermula dari 29 Mei hingga 10 Jun – lihat jadual penuh atau perlumbaan dan acara di laman web: https://www.iomttraces.com/

“Memang cukup hebat dapat melihat jentera-jentera Honda Fireblade digunakan oleh para marshal dalam suasana penuh sejarah seperti ini. Isle of Man TT telah berada dalam DNA Honda selama lebih setengah abad dan memainkan peranan yang cukup besar dalam rekaan serta penghasilan motosikal Honda, jadi kami berbangga dan berbesar hati untuk menyumbang sebagai rakan kongsi rasmi,” kata Neil Fletcher, Ketua Bahagian Motosikal Honda UK.

Para petugas marshal perlu sentiasa bergerak agar dapat menyediakan perkhidmatan terbaik khususnya mengenai soal keselamatan semua pihak. Kami sangat berbesar hati dapat menyokong sekali lagi. Sungguh seronok dapat kembali ke pulau lagenda ini selepas tiga tahun dan apabila dapat pula bertugas dengan jentera Fireblade, ia akan menjadi sesuatu yang sangat istimewa”, tambahnya lagi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.