RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 April 2019

Kempen Derma Darah Kawasaki Dapat Sambutan Menggalakkan

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) telah berjaya menganjurkan Kempen Derma Darah di Summit USJ Mall, Subang Jaya pada Mac lalu. Kehadiran Pengurus Kanan Perancangan Bahagian Korporat KMSB, En. Leong Kam Yew sambil ditemani oleh Ketua Bahagian Terapi Selular, Dr Ailin Mazuita dari Pusat Darah Negara turut memeriahkan suasana.

Program yang digelar sebagai “Your Gift Of Life” bertujuan untuk menyumbang sesuatu yang berharga kepada komuniti dan juga telah menjadi sebahagian  Program Tanggungjawab Sosial Korporat daripada KMSB. Sehingga hari ini mereka telah berjaya melaksanakan kempen ini untuk 11 tahun. Bantuan yang telah diberikan cukup mengujakan dengan kerjasama daripada Pusat Darah Negara dan sumbangan darah daripada para penunggang Kawasaki serta orang awam.

En. Leong Kam Yew menyampaikan cenderahati kepada Dr. Ailin Mazuita.
En. Leong Kam Yew menyampaikan cenderahati kepada Dr. Ailin Mazuita.

Kempen yang diadakan pada hari Sabtu, minggu ketiga dalam bulan Mac setiap tahun turut mengalu-alukan penderma di kalangan orang awam agar mencapai sasaran mereka iaitu untuk mengumpul sekurang-kurangnya 150 hingga 200 beg darah.

Bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, KMSB telah mengadakan beberapa aktiviti tambahan seperti acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Pelbagai jenis model Kawasaki juga turut dipamerkan iaitu replika ZX-10RR, Z900RS Cafe, Ninja 250, Ninja 400 danVersys 650. Program murni ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.

“Sejak saya memiliki Kawasaki ZX-6R, telah banyak kali saya mengikuti program anjuran KMSB. Ini kali ketiga saya sertai kempen derma darah anjuran KMSB. Melalui program ini, saya ingin membantu dan juga memberi sumbangan kepada masyarakat yang lebih memerlukannya. Selain itu, saya juga dapat berjumpa kawan-kawan lama dan berkenalan  dengan rakan baru,” kata En. Masei dari Cheras.

“Sudah dua kali saya ikuti program ini. Tujuan saya menderma darah kerana keinginan untuk membantu Pusat Darah Negara menambah bekalan darah bagi menampung permintaan kegunaan yang tinggi di hospital seluruh negara, kata En.Shamsudin yang menunggang Versys 650.  RR

Isu Pada

April 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.