RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Jun 2022

Kumpulan Peserta Konvoi Motosikal Ditahan, Sebanyak 307 Saman Dikeluarkan

Sebanyak 307 saman dikeluarkan terhadap para penunggang motosikal yang menyertai satu konvoi dalam sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 116 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala lumpur  berdekatan Tanjung Malim Ahad lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, pihaknya menerima maklumat susulan satu hantaran yang tular di dalam Twitter berkenaan sekumpulan motosikal berkonvoi sedang menunggang di Lebuhraya Utara Selatan dan dalam perjalanan ke salah sebuah Restoran di Tanjung Malim.

Oleh itu, seramai 28 pegawai dan anggota telah digerakkan melakukan sekatan di laluan tersebut untuk membuat pemeriksaan motosikal. Operasi tersebut telah bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Antara saman yang dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi, nombor pendaftaran yang tidak lengkap dan 'fancy' serta pengubahsuaian ekzos. RR

Sumber berita - Harian Metro (HM)

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.