RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Jun 2022

Art of Speed 2022 Telah Kembali. Jangan lupa 2 & 3hb Julai di MAEPS.

Acara tempatan Ol-Skool dan Kustom Kulture Malaysia, Art of Speed (AOS) akan kembali menemui para peminat pada 2 dan 3hb Julai 2022 nanti selepas dua tahun berikutkan pandemik yang melanda dunia. Lebih istimewa, penganjuran kali ini mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

AOS 2019
AOS 2019

Bagi para peminat tegar motosikal dan kereta kustom, kembalinya AOS merupakan saat yang ditunggu-tunggu kerana ia adalah tempat berkumpulnya para pencinta dunia motosikal dan kereta, mempamerkan hasil kustom/ restoarasi dari dalam dan luar negara, galeri seni dan pelbagai aktiviti interaktif.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 AOS ini, turut memeriahkan lagi acara selain daripada pameran jentera dua dan empat roda adalah Pertandingan Art Of Speed Invitation Bike Build Off 2022, Jelajah Hot Wheels Legends, Hail Vintage (pameran pakaian kerja vintaj), Off the Grind (gaya hidup perkhemahan), Kustom & Koffee Talk, Roda Rumble 2022, La Culture, Food Park, Pasar Lambak Vintaj, Perhimpunan Kelab Alfa Romeo Malaysia, Zon Pandu Uji Motosikal, Bazar Fesyen dan banyak lagi.

Pengarah Festival Art of Speed, En. Asep Ahmad Iskandar berkongsikan info mengenal Vespa EV.
Pengarah Festival Art of Speed, En. Asep Ahmad Iskandar berkongsikan info mengenal Vespa EV.

Turut kembali menggegarkan pentas AOS ialah Festival Spund Circus yang akan menampilkan band-band terkenal seperti Hujan, Sekumpulan Orang Gila, SweetAss, Iqbal M, Balok People dan ramai lagi. Info: Festival Sound Circus akan diadakan pada hari Sabtu dan hanya untuk pengunjung berumur 18 tahun dan ke atas SAHAJA!

Pada hari kedua (terakhir), akan diadakan acara Cabutan Bertuah untuk DUA orang pemenang yang akan membawa pulang skuter Vespa Klasik EV yang telah diubahsuai oleh Kluk Klek Soul dan Elders Elettrico. Selain itu, pelanggan Hausboom di tapak acara yang bertuah juga akan memenangi hadiah berupa sebuah Vespa Klasik EV juga yang telah diubahsuai.

TIKET

AOS 2022 akan memperkenalkan tiket Speed Lane yang akan dibuka satu jam lebih awal pada 9.30 pagi pada harga RM55 sah untuk dua hari. Tiket biasa tanpa RM35 manakala kanak-kanak di bawah 12 tahun dan pemegang Pas OKU tidak dikenakan sebarang bayaran.

Tiket untuk Festival Sound Circuit (outdoor) telah habis dijual tetapi tiket kombo Festival Sound Circus - Tiket Hujung Minggu masih dijual di dalam talian yang boleh anda dapati di https://aos.qtic.my/.

Jumpa di sana guys! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.