RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Jun 2022

MV Agusta Brutale 1000 RR Menang Anugerah 'Best Naked Bike' Di Sepanyol

MV Agusta dengan bangganya mengumumkan jentera jalanan Brutale 1000 RR telah memenangi gelaran 'Best Naked Bike' di majlis Motor Award Edisi 8 yang diadakan di Madrid baru-baru ini. Acara yang cukup istimewa itu dianjurkan oleh pihak media motosikal coches.net dan motos.net yang sentiasa mengiktiraf dunia empat serta dua roda. Lebih menarik, para pemenang dipilih oleh para penonton yang melayari laman web mereka.

MOTOR AWARDS 2022-Cristóbal Cremades, Director General de la DGT (DIRECCION GENERAL DE TRAFICO)
MOTOR AWARDS 2022-Cristóbal Cremades, Director General de la DGT (DIRECCION GENERAL DE TRAFICO)

Undian secara online itu telah mendapat kira-kira 170,000 peserta maka terciptalah sejarah baru buat MV Agusta menerusi model jalanan Brutale 1000 RR. Model ini diminati kerana ia adalah satu seni rekacipta hasil gabungan di antara teknologi moden, kejuruteraan bertaraf dunia dan sentuhan dari Itali.

"Sememangnya kami cukup gembira dengan anugerah ini memang cukup penting sekali. Ia adalah satu pengiktirafan di atas segala usaha keras kami khususnya dari segi penggayaan dan pembinaan jentera yang cukup mengagumkan. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat para pencinta motosikal yang telah mengundi MV Agusta menerusi motos.net dan tidak lupa juga para peminat setia kami di Sepanyol," kata Ketua Bahagia Ketua Iberia & Latam MV Agusta Motor S.p.A, Xavier Pros.

MV Agusta Brutale 1000 RR disempurnakan dengan enjin 998cc, empat silinder, DOHC, sistem penyejuk cecair yang  berkuasa 208hp pada 13,000rpm dan tork 116.5hp pada 11,000rpm. RR

Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada model ini ialah:

  • Brek hadapan jenis Brembo Stylema
  • Fairing dari jenis gentian karbon dan thermoplactic
  • Peredam Ohlins
  • Cruise Control
  • Panel meter TFT
  • Launch Control
  • Aplikasi sistem bluetooth GPS MV Ride
  • Mod Tunggangan
  • FLC Wheelie Control
  •  Cruise Control
  • Traction Control
  • Laju maksimum - lebih 300km/j

Isu Pada

Ogos 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.