RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Julai 2022

HLYM Tampilkan Dua Warna Baru Yamaha NMax

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah memperkenalkan dua warna baru untuk motosikal skuter Yamaha NMax 155. Dua pilihan warna baru itu ialah Matte Green dan Matte Blue yang ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM9,498 (tanpa pendaftaran dan insurans).

Dari segi spesifikasi enjinya masih lagi sama dengan model 2021 di mana NMax 2022 ini menggunakan enjin 155cc VVA, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin suntikan bahan api ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.3kW pada 8,000rpm dan tork 13.9Nm pada 6,000rpm.

Antara kelengkapan lain yang terdapat pada Yamaha NMax 2022 ini seperti lampu-lampu LED, paparan meter LCD, brek-brek jenis cakera, fork teleskopik, tangki bahan api 7.1 liter dan ruang simpan barang bawah pelana.

Yamaha NMax 2022 telah pun berada di semua pengedar Yamaha di seluruh Malaysia. Dengan pembelian jentera ini, para pembeli akan menerima waranti selama dua tahun ataun 20,000km (yang mana terdahulu) beserta brek cakera Yamaha yang bernilai RM100. RR

Isu Pada

September 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.