RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 April 2019

Acara Castrol Power Up Dapat Sambutan Luar Biasa

Untuk terus memberikan perkhidmatan dan menawarkan pelincir terbaik buat para penunggang motosikal, BP Castrol Lubricants (Malaysia) Sdn Bhd telah menganjurkan satu acara cukup meriah iaitu Castrol Power Up yang diadakan di Jalan Sentul pada awal Mac lalu.  Menerusi penganjuran ini, para pengguna motosikal akan diberi pendedahan dan kesedaran mengenai kemantapan pelincir-pelincir Castrol yang berada di pasaran seperti  Castrol POWER1 Cruise 4T 15W-50 1L, Castrol POWER1 Racing 4T 10W-40 1L, Castrol POWER1 Scooter 4-AT 5W-40 1L dan 10W-40 1L, Castrol POWER1 4T 10W-40 1L dan Castrol POWER1 Racing 4T 10W-50 1L.

Acara yang diadakan dari jam 10.00 pagi - 5.00 petang itu dimeriahkan dengan susun atur ruang promosi yang cukup menarik dan lengkap dengan pelbagai info mengenai produk-produk Castrol. Kakitangan Castrol yang bertugas sepanjang hari itu juga bersedia dan bertenaga menerima pelbagai soalan yang diajukan oleh para pelanggan yang inginkan kepastian khususnya berhubung dengan pelincir.

Dari kiri: En. Lim Eng Beng, Ms Goh Pei Ping, En. Swee Wee Shin, Ms Evelyn Yap dan En. Danny Wee di acara Castrol Power Up.
Dari kiri: En. Lim Eng Beng, Ms Goh Pei Ping, En. Swee Wee Shin, Ms Evelyn Yap dan En. Danny Wee di acara Castrol Power Up.

“Tujuan penganjuran acara ini ialah untuk memberi kesedaran dan pendedahan mengenai pelincir-pelincir Castrol yang berada di pasaran. Castrol mempunyai kepakaran untuk memastikan jentera dua roda bergerak ke mana sahaja dengan selamat dan lancar. Tidak ramai di kalangan para pengguna motosikal yang tahu tentang kelikatan pelincir yang sesuai untuk sesuatu tunggangan dan menerusi acara ini, kami dapat memberitahu apakah jenis pelincir terbaik buat seseorang penunggang itu bergantung kepada corak dan destinasi tunggangan itu,” kata Ms Evelyn Yap, Pengurus Pemasaran – Motosikal Malaysia & Singapura, BP Castrol Lubricants (Malaysia).

Petugas Castrol memberi penerangan mengenai ciri-ciri pelincir Castrol POWER1 kepada para pelanggan.
Petugas Castrol memberi penerangan mengenai ciri-ciri pelincir Castrol POWER1 kepada para pelanggan.

Terdapat pelbagai pilihan dan ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh pelincir ini. Antaranya, Castrol POWER1 Racing yang merupakan pelincir sintetik penuh yang dicipta berasaskan teknologi perlumbaan dan sememangnya amat sesuai untuk jentera sport 4-lejang berprestasi tinggi. Castrol POWER1 CRUISE 4T pula disempurnakan dengan Power Sustain Technology™, dikhususkan untuk mereka yang sukakan perjalanan jauh. Teknologi tersebut akan memberikan kuasa mantap yang berterusan dan berkemampuan untuk melindungi pengoksidaan dalam enjin ketika suhu yang tinggi.

Sdr Eddy (tiga dari kanan) cukup bertuah memenangi kotak barang GIVI Castrol pada hari tersebut.
Sdr Eddy (tiga dari kanan) cukup bertuah memenangi kotak barang GIVI Castrol pada hari tersebut.

Castrol POWER1 Scooter 4-AT dengan Scootek Technology™ merupakan antara pilihan terbaik buat pemilik skuter yang inginkan kuasa hantaran cukup mantap. Pelincir ini didatangkan dalam dua varian (sintetik dan sintetik penuh) dan telah terbukti mampu mengurangkan geseran pada suhu tinggi agar pecutan dapat dilakukan dengan lancar dan sempurna. Untuk penunggang jentera 4-lejang, kuasa enjin dapat dipertingkatkan menerusi Castrol POWER1 4T dengan Power Release Technology™ yang juga telah diuji dan dibuktikan membantu prestasi enjin menjadi lebih cemerlang.

En. Ridz melindungi enjin motosikalnya dengan pelincir Castrol POWER1 Racing.
En. Ridz melindungi enjin motosikalnya dengan pelincir Castrol POWER1 Racing.

Menjelang jam 2.00 petang, semakin ramai hadir yang terdiri daripada penunggang jentera moped hinggalah yang berkuasa tinggi. Menerusi pakej menarik yang telah disediakan oleh pihak Castrol, setiap pelanggan tidak pulang dengan tangan kosong. Pelbagai permainan menanti para pelanggan seperti Wheel of Fortune, Bean Bag Toss dan Ring Toss yang menawarkan hadiah-hadiah hebat seperti telefon pintar, kotak GIVI Castrol Edisi Terhad, baju-T MotoGP 35, Castrol POWER1 Powerbank, baju-T POWER1, bandana dan banyak lagi.

Untuk meredakan kehangatan cuaca pada hari yang sungguh istimewa itu, para pelanggan turut dapat menikmati minuman yang cukup menyegarkan. Pada waktu-waktu tertentu pula, bukan hanya air minuman yang disaji tetapi aiskrim pun ada. Memang best!

Acara Bean Bag Toss memerlukan ketepatan balingan sebelum menang hadiah.
Acara Bean Bag Toss memerlukan ketepatan balingan sebelum menang hadiah.

“Saya sudah lama menggunakan pelincir Castrol, sejak di zaman bujang lagi. Walaupun dah bertukar beberapa jenis motosikal, saya tetap memilih Castrol kerana ia terbukti melindungi enjin motosikal saya dengan baik. Hari ini pula memang cukup bertuah kerana menang kotak GIVI Castrol!” Kata Sdr Eddy dari Sri Kembangan.

“Memang dah lama saya guna pelincir Castrol pada motosikal saya dan memang jadikan perjalanan saya lancar tidak kira ke mana sahaja. Saya dapati pelincir Castrol mempunyai kelikatan dan daya tahan yang cukup cemerlang yang amat baik untuk penjagaan enjin tidak kira motosikal kecil atau besar,” kata Sdr Ridz dari Ampang yang menunggang Kawasaki ZRX1200.

Tahniah buat Castrol di atas penganjuran ini kerana sememangnya para pelanggan perlu mengetahui tentang jenis pelincir yang wajar dipilih setiap kali menukar minyak enjin dan ia bergantung kepada jenis serta tujuan suatu perjalanan itu. Castrol mempunyai barisan pelincir-pelincir hebat yang dapat memenuhi kepelbagaian jenis tunggangan. Diharapkan agar penganjuran sebegini akan dapat diteruskan lagi di destinasi berbeza pada masa hadapan. RR

Isu Pada

April 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.