RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 April 2019

SM SPORT 110R Lebih Segak Dengan Warna Baru

Selepas pelancaran SM Sport 110R dua tahun lalu, ia telah mencatatkan penjualan yang amat memberangsangkan dan kini Mforce Bike Holdings Sdn Bhd dengan bangganya memperkenalkan pula SM Sport 110R dengan grafik baharu yang lebih menarik, bergaya, tahan lasak dan ditawarkan pada harga yang berpatutan.

SM Sport 110R didatangkan dengan rekabentuk cukup menarik, aerodinamik dan sporty. Enjin 109cc, sistem penyejuk udara, piawaian Euro3 yang memiliki hantaran kuasa maksimum setinggi 4.8kW pada 7,500rpm dan tork 7.0Nm pada 7,000rpm. Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada model ini ialah Day Time Running Light (DRL), signal hadapan dan belakang jenis LED, ruang penyimpanan besar, suis antikecurian, sepasang tayar tanpa tiub dan satu soket pengecas USB 5V.

Untuk dipadankan dengan kemantapan enjinnya, SM Sport 110R dilengkapkan dengan fork hadapan jenis teleskopik dan sistem saspensi belakang Kayaba (KYB) yang menyerap setiap hentakan dengan cemerlang sekali. Kecekapan tayar hadapan bersaiz 70/90-17 Tubeless yang dikawal oleh sistem brek cakera bersaiz 220mm. Pelananya yang setinggi 770mm sememangnya direka untuk kemudahan semua jenis penunggang tidak kira lelaki mahupun wanita.

SM Sport 110R akan dijual pada harga RM3,918.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insuran) dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Terdapat tiga pilihan warna yang menarik menanti para pelanggan iaitu hitam, biru dan merah. Sila kunjungi pengedar sah Mforce Bike Holdings Sdn Bhd berdekatan anda untuk maklumat lanjut. RR

Isu Pada

April 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.