RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Ogos 2022

Nigeria Pertimbangkan Pengharaman Motosikal Untuk Cegah Tindakan Pengganas

Global: Dengan populasi lebih daripada 200 juta penduduk, Nigeria merupakan negara keenam di dunia yang memiliki populasi penduduk paling ramai dengan nilai penjualan motosikal di negara tersebut setiap tahun mencecah lebih daripada 500,000.

Dalam usaha untuk menghalang dan memberhentikan serangan pengganas, pihak kerajaan persekutuan Nigeria sedang mempertimbangkan larangan penjualan dan penggunaan motosikal di seluruh negara.

Menteri Kehakiman Nigeria, Abubakar Malami, memberitahu pemberita bahawa dengan mengharamkan mod pengangkutan utama seperti yang digunakan oleh kumpulan pengganas di seluruh negara, ia akan menjejaskan segala usaha logistik mereka.

“Mengharamkan penggunaan motosikal dan aktiviti perlombongan akan mengurangkan bekalan logistik kepada pengganas,” lapor akhbar Nigeria’s Times.

“Ini akan dilakukan demi kepentingan negara. Kami selaku rakyat Nigeria akan bertindak atas sebarang isu yang akan memberi ancaman kepada keselamatan negara atau kewujudan korporat negara memerlukan pengorbanan tertentu.”

Rancangan mengenai pengharaman motosikal ini dibuat ketika pihak berkuasa Nigeria cuba menyekat usaha pelbagai kumpulan pengganas jihad - seperti Boko Haram and Islamic State yang bertanggungjawab ke atas pelbagai serangan di seluruh negara, seperti kesalahan pembunuhan, penculikan dan keganasan seksual yang dilakukan oleh anggota yang dikenali sebagai 'penyamun'.

Kebanyakan daripada pengganas dikatakan menggunakan motosikal untuk melancarkan serangan dengan cepat dan tanpa amaran yang memberikan kesan buruk, serta mampu bergerak ke sekitar kawasan tanpa pengesanan.

Tindakan kerajaan persekutuan itu dibuat selepas Gabenor Bello Mattawale dari Negeri Zamfara minggu lalu memperkenalkan perintah berkurung bagi penggunaan motosikal di bandar Gusau. Dia kemudian mengarahkan anggota keselamatannya menembak apabila melihat sesiapa yang dilihat menunggang motosikal antara jam 8.00 malam dan 6.00 pagi.

#Info: Imej utama dari perpustakaan, tiada kaitan dengan organisasi pengganas. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.