RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Disember 2022

HLYM Lancar Minggu Kempen Keselamatan Jalan Raya di Malaysia Timur

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan Minggu Kempen Keselamatan Jalan Raya menerusi program komunitinya iaitu "Yamaha Road Safety Warrior (YRSW)". Bertempat di Sibu, Sarawak, merupakan lokasi pertama untuk program ini di Malaysia Timur.

Kempen yang bertemakan "Pulang Selamat, Keluargamu Menanti" dianjurkan bersama Sarawak Central Region Motorcycle & Bicycle Association ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat untuk mengurangkan kemalangan. Kempen ini selaras dengan matlamat HLYM untuk mengutamakan keselamatan jalan raya di kalangan pelanggan mereka dan masyarakat.

Pelbagai aktiviti yang ditawarkan sepanjang kempen berlangsung iaitu dari 4hb Disember hingga 9 Disember 2022. Salah satu acara utama untuk kempen ini adalah Kursus Latihan Menunggang Keselematan, di mana pemilik motosikal Yamaha yang mempunyai pengalaman menunggang sekurang-kurangnya satu tahun akan diajar mengenai teknik menunggang dengan selamat.

HLYM juga turut membawakan Program Yamaha Safe Riding Science Kids ke Sibu. Program ini ditawarkan kepada kanak-kanak berumur 11 hingga 12 tahun yang terdiri daripada sesi kumpulan interaktif bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang keselamatan jalan raya.

Kempen yang diadakan ini juga turut menawarkan pelbagai faedah menarik antaranya pemeriksaan percuma dari segi aspek keselamatan di lapan bahagian utama untuk semua motosikal dan nasihat percuma tentang penyelengaraan berkala untuk penunggang motosikal. Selain itu, 300 pengunjung terawal berpeluang menerima topi keledar dengan kelulusan SIRIM yang ditaja oleh Aeon Credit dan KHI Helmets Industries Sdn Bhd, baju t-shirt YRSW ditaja oleh Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) dan HLYM serta sarung tangan menunggang oleh Racing Boy (RCB)

Di bawah merupakan antara aktiviti sepanjang kempen tersebut:

  • 3 Disember 2022 (Sabtu): Pelancaran Kempen Keselamat Jalan Raya dan pemeriksaan motosikal percuma -  Sibu Gateway, Sibu
  • 4 Disember 2022 (Ahad): Kursus latihan keselamatan menunggang (SRTC) - Institut Methodist Pilley, Sibu
  • 5 Disember 2022 (Isnin): Yamaha Safe Riding Science (YSRS) untuk kanak-kanak -  Sekolah Kebangsaan Abang Ali, Sibu
  • 5 - 9 Disember 2022 (Isnin - Jumaat): Kempen servis percuma - Pengedar Sah Yamaha Malaysia Timur

Pelancaran kempen ini yang diadakan di  Sibu Gateway dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, YB Michael Tiang Ming Tee. Kempen ini juga turut dosokong oleh rangkaian pengedar sah HLYM di Malaysia Timur. RR

Isu Pada

Januari 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.