RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Disember 2022

Cara Membaiki Tayar Tanpa Tiub yang Pancit

Tayar zaman moden, khususnya bagi jenis yang tidak bertiub ('tubeless') tidak senang pancit seperti tayar yang bertiub, kecuali jika tayar itu pecah terus. Ini kerana struktur tayar itu dapat mengekalkan objek yang tertusuk ke dalam tayar dan menutup lubang itu.

Akan tetapi, tayar yang telah ditembus ini menjadikan keadaan lebih berbahaya kerana objek itu mungkin akan tercabut sendirinya apabila kita menunggang. Tayar akan kempis dengan cepatnya apabila ini berlaku dan kita akan berdepan dengan tayar yang kempis secara tiba-tiba ketika bergerak pada kelajuan yang tinggi. Oleh itu, kita hendaklah selalu memeriksa keadaan tayar-tayar motosikal kita dengan lebih kerap.

Jadi, kami ingin berkongsi tip bagaimana untuk memperbaikki tayar yang telah pancit. Apapun, membaikki tayar tanpa tiub lebih senang kerana kita tidak perlu menanggalkan tayar daripada rim seperti tayar yang menggunakan tiub. Satu lagi, hanya pancit yang melibatkan lubang kecil sahaja yang boleh diperbaikki - bukan lubang besar yang terhasil jika tayar terpotong atau meletup.

Kit menutup pancit dijual secara banyaknya di dalam pasaran, termasuk di cawangan-cawangan Mr. DIY. Kit-kit asas ini mengandungi hanya tiga item, iaitu:

1. Penutup lubang pancit yang lebih dikenali sebagai "cacing."

2. Alat pemengang cacing itu.

3. Alat untuk meluaskan lubang pancit.

Ketiga-tiga ini mencukupi tetapi ia tidak mengandungi beberapa item lain yang akan memudahkan kerja kita. Oleh itu, lebih baik kita ada kit yang lebih lengkap seperti GIVI S450 Tyre Repair Kit ini kerana kita boleh membaikki tayar di mana-mana sahaja. Ia mengandungi:

1. Penutup lubang pancit yang lebih dikenali sebagai "cacing."

2. Alat pemengang cacing itu.

3. Alat untuk meluaskan lubang pancit.

4. Tiub penyambung ke injap kemasukan angin.

5. Sebilah pemotong/pisau.

6. Perekat (glue).

7. Kanister gas CO2 (karbon dioksida) untuk mengepam tayar.

Kita juga memerlukan sepasang playar bagi menarik keluar objek yang telah memancitkan tayar.

1. Cara mencari objek yang menyebabkan tayar pancit agak senang kerana ia mungkin masih terletak pada tayar. Jika tidak, isikan angin di dalam tayar dan basahkan tayar. Selepas itu, cari lubang yang mengeluarkan angin atau gelembung udara.

2. Tarik objek itu keluar daripada tayar dengan playar.

3. Cucuk dan tarik keluar alat tajam yang disertakan itu ke dalam tayar.

4. Sapukan perekat di sekitar lubang itu agar ia dapat melekatkan cacing nanti.

5. Masukkan cacing ke dalam lubang jarum.

6. Cucukkan cacing itu ke dalam lubang pada tayar dan tarik keluar alat itu.

7. Potong cacing yang tertinggal di luar tayar.

8. Pasangkan tiub kit itu ke tiub angin tayar.

9. Cucukkan kanister CO2 ke hujung tiub tersebut. Pakai sebanyak kanister yang anda perlukan agar tayar tidak kempis habis.

10. Percikkan air atau ludah ke atas cacing pada tayar bagi memastikan tiada udara yang keluar. Jika ada, anda perlu memasukkan satu lagi cacing.

Pastikan anda menunggang tidak melebihi 80km/h untuk sekurang-kurangnya 15 minit agar cacing itu tidak tercabut. Anda harus mencari stesen servis secepat mungkin bagi mengepam tayar ke tekanan udara yang betul. Juga, cari sebuah bengkel untuk membuka tayar tersebut untuk ditampung dari dalam. Jangan biarkan cacing itu selama-lamanya kerana lubang itu akan membesar dan lubang itu tidak dapat diperbaikki lagi. Solusi yang terbaik ialah untuk menukar tayar itu. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.