RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Disember 2022

Jalan Batang Kali - Genting Highland Ditutup Setahun

Nampaknya penunggang motosikal yang gemar melayan selekoh di sekitar Genting Highland terpaksa memilih jalan lain untuk sementara waktu kerana jalan Batang Kali - Genting Highland akan ditutup selama setahun. Ia bagi membolehkan kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang berlaku Jumaat lalu. Kerja-kerja pembaikkan ini dijangka mengambil tempoh selama setahun sebelum laluan boleh dibuka semula bagi laluan orang ramai.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, berkata sementara tempoh itu pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif yang akan dikeluarkan bilik gerakan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata, pihaknya juga akan membuat kajian dengan lebih mendalam di tapak tragedi berhubung pembinaan cerun selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) berakhir. "Walaupun jalan itu OK, kita tidak berani buka sehingga cerun baharu dibuat yang akan mengambil tempoh kira-kira setahun," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya yang mengorbankan 24 mangsa.

Wan Ahmad Uzir berkata, pembinaan jalan di kawasan itu tidak menyebabkan berlakunya runtuhan, sebaliknya insiden berkenaan disebabkan faktor semula jadi kerana adanya aliran air bawah tanah. "Ia juga tidak disebabkan pengairan secara haram dari tapak perkhemahan, namun pergerakan air yang kita tidak nampak dari mata kasar," katanya.

Beliau berkata, KKR mengenal pasti 1,045 cerun yang berada di sepanjang jalan Persekutuan di Semenanjung dalam kategori berisiko tinggi untuk runtuh. "Tiada pembangunan dibenar dibangunkan di kawasan berisiko tinggi itu.

"Kita sudah ada garis panduan yang diluluskan melalui Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang perlu diikuti pihak berwajib. Melalui garis panduan itu juga kita meletakkan kriteria iaitu kawasan merah tidak dibenarkan sebarang pembangunan," katanya.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.