RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Januari 2014

Para Pemilik KTM Menikmati Orange Day

Sejak pengenalan model CKD 200 Duke, 690 Duke, 690R Duke dan yang terbaru 390 Duke, KTM sudah mula mengorak langkah dan semakin dikenali di negara kita. Sebanyak 200,000 unit sudah berjaya dijual ke seluruh pelusuk tanah air. Demi menghargai para pelanggan dan peminat di Malaysia, Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd buat pertama kalinya menganjurkan hari 'KTM Orange Day' yang telah diadakan di litar Speedway Plus Subang Jaya, Selangor pada 23 November lalu.

Program ini terbuka kepada semua pemilik KTM dan para peminat yang ingin mencuba serta merasai pengalaman menunggang model-model keluaran jenama ini. Program ini berjaya menarik lebih daripada 500 orang pengunjung.

Sarapan ringkas seperti nasi lemak bungkus dan teh tarik pada awal pagi turut disediakan untuk pengunjung 'Orange Day' pada hari itu. Pendaftaran dibuka seawal pukul 9.00 pagi dan sebanyak sembilan unit model KTM terdiri daripada model 200 Duke, 390 Duke, 690 Duke dan 690R Duke disediakan untuk dipandu uji. Ratusan pengunjung tidak melepaskan peluang membanjiri kaunter pendaftaran untuk mengambil giliran dan masing-masing menerima baju-T khas ‘Orange Day.’ Setiap pengunjung diwajibkan membawa pakaian menunggang yang lengkap dan memiliki lesen yang sah.

Mendengar taklimat daripada En. Kong Ka Fai. Sebahagian ‘Dukers’ bergambar kenangan.
Mendengar taklimat daripada En. Kong Ka Fai. Sebahagian ‘Dukers’ bergambar kenangan.
Permainan ‘musical chair’ untuk hiburkan para pengunjung.
Permainan ‘musical chair’ untuk hiburkan para pengunjung.

Selepas selesai pandu uji yang dilakukan oleh pihak media, para peserta yang dikenali sebagai ahli 'Dukers' berpeluang mencuba pelbagai model KTM, diikuti dengan sessi untuk para pengunjung lain pada pukul dua petang. Model motosikal KTM yang paling mendapat perhatian ramai dan sering dipandu uji adalah model 390 Duke yang baru dilancarkan pada bulan Oktober lalu. Ramai berpuas hati dan kagum dengan prestasi yang dimiliki oleh model ini kerana amat lincah dan bertenaga ketika meratah selekoh-selekoh di litar Speedway ini. Malah harganya juga amat berpatutan.

Antara ‘Dukers’ yang beraksi di litar Speedway Plus.
Antara ‘Dukers’ yang beraksi di litar Speedway Plus.

Dijalankan juga acara sampingan seperti permainan ‘musical chair’ untuk menghiburkan para pengunjung. Manakala Redbull mengedarkan minuman percuma pada hari tersebut.

En. Abdul Nasir menunjukkan tanda bagus setelah menunggang uji.
En. Abdul Nasir menunjukkan tanda bagus setelah menunggang uji.

“Program yang dianjurkan oleh KTM pada hari ini dapat merapatkan hubungan sesama ahli kelab, ia menyeronokkan dan menyihatkan buat pelbagai peringkat umur. Malah para pengunjung juga mendapat tunjuk ajar bagaimana menunggang di dalam litar oleh pelumba profesional iaitu Kong Ka Fai, juara Malaysian Super Series 2010,” kata Encik Abdul Nasir dari Putra Jaya salah seorang ahli 'Dukers' (KTM CKD Owner Club).

Duke 390 lincah & bertenaga.
Duke 390 lincah & bertenaga.

Begitu juga dengan saudara Hamizudin Aizat yang berumur 21 tahun, berasal dari Klang turut serta pada hari tersebut semata-mata ingin mencuba model terbaru KTM 390 Duke dan 390R Duke. “Saya amat meminati model-model 'naked' keluaran KTM. Hari ini saya dapat mencuba sendiri motosikal ini dan saya berhasrat untuk memiliki 690R Duke satu hari nanti,” katanya.

Kaum hawa juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati KTM Orange Day.
Kaum hawa juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati KTM Orange Day.

Menurut Encik Yazid Halim (Pengurus Pemasaran Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd), program KTM Orange Day yang dianjurkan pada hari itu berjaya mencapai objektifnya iaitu menarik para peminat baru terhadap produk-produk keluaran KTM dan mempertingkatkan jualannya di Malaysia. Pada masa akan datang, program seperti ini akan diadakan lagi untuk setiap negeri di seluruh Malaysia. RR

Isu Pada

Januari 2014

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.