RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Januari 2014

HONDA Dream EX5 110 Gantikan EX5

Pengeluaran ikon model moped Honda EX5 akan diberhentikan selepas 26 tahun berkhidmat kepada para pengguna motosikal di seluruh negara. Dari para peniaga, pekebun hinggalah anak remaja, EX5 sentiasa menjadi pilihan kerana harganya bukan sahaja murah tetapi menawarkan ketahanan enjin yang sangat mengagumkan.

Sebagai usaha untuk memenuhi arahan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia, pengeluaran model EX5 atau C100/C100MB akan ditamatkan berkuatkuasa dari 31 Disember 2013 bagi mematuhi panduan Forum Sedunia untuk Pengharmonian Regulasi Kenderaan (WP.29) di bawah Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE).

Ini bukan berertinya model yang kita semua minati itu terus hilang, sebaliknya ia akan diganti dengan Honda EX5 Dream 110 (seperti gambar motosikal yang dipaparkan) yang telah dilancarkan pada bulan Julai lalu. Selain mengekalkan penampilan klasik, model baru ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan seperti enjin baru 110cc dengan kelulusan Standard Euro II yang menjanjikan prestasi lebih cemerlang.

Antara pembaharuan lain yang ditawarkan pada model ini ialah saiz tangki lebih besar, pelana lebih lebar dan juga sistem saspensi yang lebih lasak untuk memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa inginkan sebuah mesin yang bersifat serba boleh. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang: www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi nombor tol percuma Boon Siew Honda di talian 1800-88-3993. RR

Isu Pada

Januari 2014

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.