RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Disember 2022

Valentino Rossi Sertai Pasukan BMW M Team WRT

Juara MotoGP Dunia 9 kali, Valentino Rossi dan BMW M Motorsport telah bersetuju untuk bekerjasama menerusi penampilan lagenda motosikal itu bersama pasukan BMW M Team WRT.

Lagenda dua roda itu semakin bersedia untuk berlumba dalam saingan Fanatec GT World Challenge Europe dan Perlumbaan Endurance 12 Jam di Bathurst. Beliau bakal memandu kereta BMW M4 GT3 dan turut dibantu oleh Maxime Martin dan Augusto Farfus selaku pemandu sokongan.

Rossi sebelum ini pernah melakukan ujian pemanduan jentera Ferrari dalam Formula 1 dan juga Mercedes. Dia juga berjaya memberi saingan dalam GT World Challenge Europe bersama Pasukan WRT untuk musim 2022.

“Siapa tak kenal dia. Valentino Rossi tidak memerlukan pengenalan. Beliau adalah salah seorang penunggang motosikal paling berjaya sepanjang zaman. Kejayaan beliau di litar lumba dan keperibadiannya telah menjadikan beliau seorang legenda,” kata Ketua BMW M Motorsport, Andreas Roos.

"Valentino juga telah membuktikan bahawa dia juga seorang pelumba empat roda yang sangat baik. Beliau telah menunjukkan bahawa perlumbaan kereta bakal membawa semua semangat, kemahiran dan komitmennya ke babak baru kerjayanya. Adalah sesuatu yang amat mengagumkan apabila mendapati Valentino akan menyertai keluarga BMW M Motorsport. Kami benar-benar tidak sabar untuk bekerjasama - selamat datang Vale!" Tambahnya lagi.

"Saya amat berbangga dapat bersama pasukan ini. Tahun lepas saya mula berlumba dengan serius dalam dunia empat roda dan saya menamatkan musim pertama saya dengan baik dan saya sangat gembira kerana pasukan WRT memilih BMW M Motorsport sebagai rakan kongsi baru. Saya sudah berpeluang menguji BMW M4 GT3 dua kali dan dapat merasakan prestasi kereta itu dengan baik. Masih banyak yang perlu saya belajar tetapi dengan adanya Maxime Martin dan Augusto Farfus, saya yakin kami mampu memberi saingan," Valentino Rossi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700