RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Januari 2023

Kerjasama KTM - Bajaj telah Hasilkan Sejuta Motosikal

Kerjasama KTM dengan Bajaj Auto mungkin dipandang sebagai suatu perkara yang tidak tersangka pada mulanya tetapi ia mula menunjukkan hasil apabila KTM 200 Duke yang pertama dilancarkan dan menjadi begitu popular bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Kerjasama selama 16 tahun ini akhirnya membuahkan produksi 1,000,000 (sejuta) motosikal.

Motosikal yang ke-1,000,000 itu merupakan sebuah KTM 390 Adventure.

Kilang Bajaj Auto tersebut terletak di bandar Pune, India. Bandar itu juga merupakan salah satu pusat perindustrian dan pendidikan yang penting. Di sinilah model-model KTM seperti 125, 200, 250, 390 varian Duke, RC dan Adventure dibina sebelum diekspot ke negara-negara lain. Beberapa model Husqvarna seperti banjaran 401, Svartpilen dan Vitpilen juga dibina di sini kerana jenama itu, seperti KTM dan juga GasGas berada di bawah naungan Pierer Mobility Group.

Kerjasama strategik ini bagi menghasilkan motosikal-motosikal prestasi tinggi yang mampu milik khususnya bagi pasaran Asia, serta buat pasaran lain di seluruh dunia.

Mungkin beberapa pembuat motosikal yang lain juga mengorak langkah untuk bekerjasama dengan pembuat motosikal Asia setelah melihat pencapaian KTM-Bajaj ini. Antaranya ialah BMW dan TVS, Triumph dan Bajaj, Harley-Davidson dan Qianjiang (penaung jenama Benelli), MV Agusta dan Loncin (pembuat enjin untuk beberapa model BMW pertengahan). KTM juga bekerjasama dengan pembuat motosikal China, CFMoto bagi menghasilkan enjin-enjin 790cc dan 890cc untuk banjaran 790/890 Duke serta Adventure.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.