RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Februari 2023

Suzuki GSX-S1000GT Model Sport Tourer Paling Laris di UK

Suzuki GSX-S1000GT mengakhiri penjualan segmen Sport Tourer tahun lalu sebagai jentera paling laris di pasaran UK dengan penjualan sebanyak 718 unit dengan ramalan lebih daripada 1,000 unit lagi akan dijual sebelum akhir Mac 2023 ini.

GSX-S1000GT merupakan sebuah jentera yang menggabungkan kemantapan hantaran kuasa enjin empat silinder berkuasa 153ps dan tahap keselesaan optimum untuk perjalanan jauh dan dekat.

Ketua motosikal Suzuki GB, Jonathan Martin, berkata, “Sudah tentu, kami gembira dengan populariti dan kejayaan GSX-S1000GT. Ia telah dilancarkan dengan pujian yang tinggi pada musim luruh 2021, dan kami telah mendapat sejumlah besar tempahan sebelum motosikal itu tiba di pengedar.”

“Walaupun ia memberikan cabaran, kami berjaya memenuhi permintaan dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai 1,000 unit jualan menjelang genap tahun pertama jualannya. Ini merupakan pencapaian yang hebat dan sesuatu yang kami semua banggakan," tambahnya lagi.

Pecutan dan karaktor GSX-S1000GT ini lebih padu dengan adanya sistem elektronik terkini seperti mod tunggangan, traction control, bi-directional quickshifter dan slipper clutch. Kerangka aluminium twin-spar, lengan ayun inspirasi dari jentera superbike, fork dan penyerap hentak boleh laras yang menambah keseronokan ketika berada di laluan-laluan berliku.

Walaupun ia sebuah jentera sport-tourer, Suzuki telah melakukan ujian terowong angin agar jentera ini bukan sahaja mampu memecut tetapi memiliki kelebihan dan daya keselamatan yang tinggi sewaktu di atas jalan raya.

RR telah pun menunggangu uji jentera ini pada tahun lalu dan boleh anda dapati ulasannya dalam RodaRoda Disember 2022. RR

Isu Pada

Mac 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.