RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Februari 2023

Ducati Desert X 2023 Dilancarkan dengan Warna, Ciri Navigasi Baharu

Ducati Desert X model tahun 2023 telah dilancarkan dengan warna serta ciri navigasi yang baharu.

Model Desert X telah menerima sambutan yang baik setelah dilancarkan pada tahun dahulu, kerana ia merupakan sebuah model adventure/off-road yang jati berbanding dengan Multistrada Enduro yang jauh lebih besar dan berat. Tambah lagi, rekabentuknya seakan Cagiva Elefant yang telah pernah memenangi acara rali Paris-Dakar, ketika jenama Ducati berada di bawah naugan Cagiva. Corak grafiknya pun mengikut grafik "Lucky Strike" yang digunakan pada Elefant.

Untuk tahun 2023, Ducati telah memperkenalkan ciri navigasi (tunjuk arah) yang menunjukkan hala tuju setiap selekoh atau lencongan (turn-by-turn). Ciri ini berpaut secara Bluetooth kepada Ducati Multimedia System dan arah tuju itu ditunjukkan di panel meter motosikal ini. Seperti motosikal lain yang turut menggunakan ciri ini, anda hanya perlu memasukkan destinasi anda ke dalam aplikasi telefon dan panel meter akan menunjukkan data yang berkaitan. Arah tuju juga akan dinyatakan melalui suara jika anda telah juga memautkan peranti Bluetooth helmet anda kepada panel meter tersebut.

Warna baharu yang dinyatakan tadi merupakan RR22 yang seakan penyamaran motosikal prototaip yang sedang diuji. Warna lama putih yang digelar Matte Star White Silk akan tetap dijual.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.