RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Februari 2023

Dynavolt Dilancarkan dengan Rasmi di Malaysia

Jenama bateri Dynavolt telah dilancarkan dengan rasmi di Malaysia hari ini. Ia menandakan kemasukan bateri lithium-ion dan nano gel secara rasmi dan besar-besaran di pasaran motosikal Malaysia.

Dynavolt sudah agak terkenal di pasaran antarabangsa, kerana mereka merupakan penaja teknikal kepada sebuah pasukan Moto2. Selain daripada itu, mereka juga merupakan rakan teknikal di dalam siri perlumbaan elektrik dunia, MotoE. Penaja dan rakan teknikal bermaksud pasukan perlumbaan bekerjasama dengan penaja bagi menghasilkan produk yang lebih baik. Ia berbeza dengan penaja jenama dimana hanya nama penaja ditampal di motosikal.

Jenama Dynavolt lebih sinonim dengan bateri lithium-ion. Bateri ini menggunakan bahan lithium seperti di dalam telefon pintar kita, namun terdapat banyak perbezaan apabila diadaptasi untuk kegunaan kenderaan. Antaranya ialah unit kawalan bateri (Battery Management System - BMS) yang dibina ke dalam setiap bateri untuk mengawal fungsi-fungsi seperti mengecas, melaraskan voltan dan karan, mengawal suhu, kadar nyahcas dan sebagainya. Sebaliknya, fungsi bateri di dalam telefon pula dikawal oleh perisian (operating system). Sebuah bateri lithium-ion yang dibina baik tidak akan terbakar kecuali dikendalikan atau dicas dengan cara yang salah.

Bateri lithium-ion juga memberikan lebih tenaga menurut nisbah keberatannya (energy density), berbanding dengan bateri plumbum-asid. Bateri lithium-ion tidak mempunyai cecair di dalamnya jadi tiada masalah kebocoran asid. Oleh itu, bateri ini lebih kecil dan ringan berbanding bateri plumbum-asid yang memberikan voltan yang sama.

Dynavolt Tech Malaysia turut melancarkan rangkaian bateri Nano Gel. Bateri ini menggunakan gel berasid di dalamnya dan juga tiada cecair. Namun, ia lebih berat daripada bateri lithium-ion walaupun lebih murah sedikit.

Bateri-bateri lithium-ion sebenarnya telah berada di pasaran Malaysia hampir satu dekad, namun pelancaran Dynavolt berbeza kerana jenama ini diimpot dan diedarkan oleh sebuah syarikat yang besar, iaitu Sinar Puncak Sdn. Bhd. Syarikat ini mempunyai sumber bukan sahaja untuk menjual tetapi lebih penting lagi, khidmat nasihat serta perkhidmatan lepas jualan. Kedua-dua faktor ini amat penting apabila sesebuah teknologi atau produk baharu memasukki pasaran agar dapat menjawab persoalan serta salah sangka.

Pelancaran hari ini diadakan di bilik pameran Triumph Motorcycles yang baharu di Gene Advance Batu Caves. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat di laman Facebook Dynavolt Tech Malaysia.

Kami akan huraikan mengenai bateri lithium-ion dengan lebih terperinci selepas ini jadi teruskan bersama kami.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.