RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Mac 2023

Harley-Davidson X350 Dilancarkan

Seperti yang dijanjikan, Harley-Davidson X350 telah dilancarkan di China.

Model ini serta X500 yang akan datang merupakan hasil kerjasama dengan QJ Motor yang bermula sejak 2018. QJ Motor merupakan penaung dan pembuat beberapa jenama seperti QJ Motor, Benelli, Keeway, Brexit, WMoto.

Oleh itu, ia menggunakan enjin yang sama dengan Benelli 302S, jenis 353cc, dwi-silinder, sejukkan cecair. Enjin ini dapat menghasilkan 36hp dan tork sebanyak 30.9Nm. Model ini turut menggunakan pacuan rantai yang standard, berbanding dengan pacuan tali sawat yang sinonim dengan jenama Harley.

Rekabentuk motosikal ini lebih berbentuk retro klasik berbanding dengan klasik sepenuhnya dengan mencampurkan unsur-unsur klasik dan moden. Pada asasnya, rekabentuknya diilham daripada motosikal perlumbaan dirt tracker ketika berada di tahap prototaip. Namun, bentuknya telah berubah kepada jenis naked apabila tiba di tahap produksi. Lampu depan, meter dan cermin pandang belakang yang bulat berganding dengan komponen-komponen yang berpetak seperti penutup radiator serta ekor. Kerangkanya diadaptasi terus daripada Benelli 302S termasuk monoshok belakang yang condong di sebelah kanan.

Harga jualan di China ialah RMB 33,388 bersamaan RM 21,755.77, tetapi seperti biasa, harganya dijangka akan lebih tinggi apabila tiba di sini.

Apapun, Harley-Davidson X350 ini merupakan model asas dan X500 yang akan menyusul kemudian itu dijangka akan mempunyai beberapa ciri tambahan. Ia merupakan Harley dengan kapasiti enjin terkecil sejak model M50 yang dikeluarkan pada 1965. Harley juga pernah menghasilkan model-model Street 500 dan 750 dari 2016 hingga 2020.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.