RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Mac 2023

KTM 1290 Super Duke RR Edisi Terhad 2023 Dilancarkan

KTM 1290 Super Duke RR Edisi Terhad 2023 telah dilancarkan.

Versi RR ini julung kalinya telah dilancarkan pada 2021 dan telah habis dijual di dalam masa hanya beberapa jam sahaja, jadi tidak hairanlah KTM menghasilkan yang terbaharu. Versi Super Duke R sudah cukup laju, tetapi versi RR ini telah dibuat untuk lebih mengancam lagi!

Namun KTM melakukannya tanpa mempertingkatkan prestasi enjin LC8 1301cc yang sedia ada, iaitu 180hp. KTM pernah berkata bahawa mereka tidak mahu membuatkan motosikal yang terlalu power atas dasar keselamatan penunggang dan ini telah membolehkan pesaing-pesaing mereka membina motosikal yang lebih berkuasa. Contohnya, Ducati Streetfighter V4, Kawasaki Z H2, Aprilia Tuono V4 1100 yang berebut takhta motosikal supernaked. Sebaliknya, KTM memperkasakan model Super Duke RR ini dengan cara meringankan motosikal.

KTM menukar kerangka bawah pelana dan pelana kepada yang diperbuat daripada gentian karbon. Penutup tangki, madgad depan, madgad belakang, dan pelindung enjin juga diperbuat daripada bahan yang ringan itu. Hasilnya, mereka dapat mengurangkan 11kg kepada 180kg berbanding keberatan Super Duke R untuk mendapatkan nisbah kuasa enjin kepada berat sebanyak 1:1.

Seperti biasa, suspensinya dibekalkan oleh WP. Forknya merupakan jenis WP APEX PRO 7548 yang menggunakan katrij tertutup, manakala monoshoknya merupakan WP APEX PRO 7746. Penggunaan sistem ekzos prestasi tinggi Akrapovič Evo boleh menambahkan sedikit lagi kuasa enjin serta mendapatkan bunyi V-Twin yang garang. Model ini juga mempunyai ciri mod tunggangan elektronik Performance dan Track.

Versi RR ini diberikan tema warna yang gelap, tidak seperti versi 2021 dan versi Evo serta yang standard. Tetapi beberapa bahagian tetap menggunakan warna oren terang yang sinonim dengan jenama KTM.

Anda boleh menghubungi wakil KTM yang terdekat jika anda berminat. Tetapi anda hendaklah membuat demikian secepat mungkin kerana KTM 1290 Super Duke RR ini hanya terhad kepada 500 unit sahaja!

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.