RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Mac 2023

Kawasaki All Star Shah Alam Secara Rasmi Dibuka

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) yang merupakan pengedar utama jenama Kawasaki di Malaysia telah melancarkan flagship store Kawasaki di Shah Alam. Pembukaan bilik pameran ini yang dihadiri seramai 700 orang menandakan satu lagi kejayaan buat EMOS dan Kawasaki.



Kawasaki Shah Alam merupakan pusat sehenti 4S yang juga dikenali sebagai Kawasaki All Star merangkumi empat aspek iaitu pusat jualan, alat ganti, perkhidmatan dan pameran. Pusat 4S ini mempamerkan pelbagai jenis motosikal Kawasaki yang terkini dari 250cc hingga berstatus superbike. Ketika pelancaran, Antara model-model yang tersergam indah di bilik pameran ini ialah Modenas Ninja 250, Ninja 250 abs, Z250 abs, Vulcan 650 S, Kawasaki Z900RS, Versys 1000, Ninja 1000SX & Ninja ZX-10R.

Bilik pameran ini mempunyai keluasan 14,000 kaki persegi diuruskan oleh syarikat yang tidak lagi asing iaitu Chear Motor. Bahagian ruangan servis turut dilengkapi dengan kelangkapan alat-alat penyelengaraan serta dikendalikan oleh mekanik-mekanik motosikal terlatih untuk menawarkan khidmat dan alat ganti terbaik.

"Saya amat berbangga dengan pembukaan pusat jualan ini dan merupakan pusat 4S Kawasaki pertama di Malaysia. Saya mendapat inspirasi bahawa kedai seumpama ini akan menjadi satu platform buat komuniti Kawasaki merasai pelbagai produk inovatif dalam susana yang menyeronokkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif, En Roslan Roskan.

“Kerjasama di antara Modenas dan Kawasaki ternyata mencapai hasil yang positif di kalangan para peminat motosikal di negara ini walaupun pada awalnya kami juga ada rasa kerisauan dengan penerimaan masyarakat terhadap kolaborasi ini. Hal ini dibuktikan, kami berjaya menjual lebih 1,000 unit motosikal hasil kerjasama diantara dia jenama dalam tempoh enam bulan sejak bulan Julai 2022,” tambahnya.

"Di Kawasaki All Star Shah Alam, pihak kami juga akan menyediakan perkhidmatan pinjaman perbankkan untuk memudahkan para pelanggan memiliki motosikal Kawasaki idaman mereka," kata Dato' Chear Kin Keong

Kawasaki All Star beralamat di No. 46, Jalan 15/22, Taman Perindustrian Tiong Nam, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor yang dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9.00AM - 7.00PM. RR

Isu Pada

Mei 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.