RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Mac 2023

Yamaha YZF-R25 2023 Tampil Dengan Warna Baru

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan barisan warna baru untuk Yamaha YZF-R25 2023. Warna dan rekabentuk grafik baharu itu menonjolkan lagi penampilan jentera ini agar tampak lebih segar sebagai model supersport. Terdapat dua warna baru yang diperkenalkan iaitu Midnight Star & Racing Blue.

Yamaha YZF-R25 menggunakan enjin dua silinder sebaris yang bersesaran 249cc, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjinnya mampu menawarkan kuasa maksimum 26.4kW pada 12,000 rpm dan tork 22.6Nm pada 10,000 rpm. Model ini juga turut dilengkapi dengan ciri menari seperti sistem ABS dua saluran dan LED Turn Signals Lights.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada jentera ini adalah lampu-lampu LED, paparan meter LCD, brek-brek cakera, fork teleskopik di hadapan, saspensi belakang jenis penyerap hentak tunggak, isi tangki bahan api 14.3 liter, berat 169kg dan tinggi pelana 780mm.

Yamaha YZF-R25 2023 berada di pasaran bermula 23hb Mac 2023 pada harga disyorkan RM22,998 (tanpa pendaftaran dan insurans) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Pemilik jentera ini juga turut menerima brek cakera Yamaha secara percuma bernilai RM100. RR

Isu Pada

Mei 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.