RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 April 2023

Aprilia RSV4 Factory Special Edition dan Aprilia Tuono V4 Factory Special Edition Dilancarkan di COTA

Pusingan MotoGP di litar COTA (Circuit of the Americas) baru-baru ini (14 - 16 April 2023) telah menyaksikan perlumbaan yang dramatik dan mendebarkan. Pada masa yang sama, pembuat motosikal terkenal Itali, Aprilia pula memperkenalkan dua model istimewa, iaitu Aprilia RSV4 Factory Special Edition dan Aprilia Tuono V4 Factory Special Edition yang dilancarkan oleh Aleix Espargaro dan Maverick Vinalez.

Kedua-dua model ini diserikan dengan putih sebagai warna utama dan disertakan dengan warna-warna merah dan biru serta teks warna perak.

Model RSV4 ini masih mengekalkan enjin V4, 65-darjah, 1099cc yang menghasilkan 217hp, manakala Tuono V4 versi ini menggunakan enjin yang sama tetapi ditala untuk menghasilkan tork yang lebih kuat. Oleh itu, enjinnya menghasilkan 175hp.

Kedua-dua model menggunakan Inertial Measurement Unit (IMU - Unit Pengukuran Inersial) yang mengukur 6 paksi daripada Marelli 11MP. IMU disambungkan dengan perisian sistem Aprilia Performance Ride Control (APRC) yang mengawal beberapa ciri prestasi termasuklah kawalan traksi, kawalan wheelie, kawalan brek enjin, ABS, mod tunggangan, dan sebagainya. Sistem ini juga disambungkan kepada sistem kawalan suspensi separa-automatik elektronik Öhlins Smart EC 2.0.

Sistem brek kedua-dua motosikal ini menggunakan jenis tidak lain daripada Brembo Stylema. Rimnya pula merupakan aluminium yang ditempa untuk keringanan.

Selain daripada itu, kedua-dua varian ini mempunyai bentuk badan yang menggunakan ciri-ciri aerodinamik yang diadaptasi daripada jentera MotoGP Aprilia RS-GP. Oleh yang demikian, bentuk fairing dan komponen badan mereka berlainan daripada Aprilia RSV4 dan Tuono yang lain.

Harga jualan RSV4 Factory Special Edition ialah USD26,499 (RM117,178.58), manakala Tuono V4 Factory Special Edition ialah USD20,099 (RM88,877.78). Seperti biasa, harga-harga ini akan menjadi tidak masuk akal jika model-model ini diimport ke Malaysia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.